Nantikan drama adaptasi novel Tentang Hati Lara karya Nueen akan datang di slot Samarinda TV3. Drama arahan Shuhaimi Lua terbitan Tanah Beris Film Production. Diterajui oleh Fikry Ibrahim dan Chacha Maembong.
Lara Kasih
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 2024
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production
Watak Pelakon
Fikry Ibrahim sebagai Khairil
Chacha Maembong sebagai Syuhadah
Norreen Iman as sebagai Syafikah
Iman Suhana sebagai Syahira
Laila Nasir sebagai Hasnah
Raja Azmi sebagai Fatimah
Aaliyah Natasha sebagai Azura
Jay Iswazir sebagai Borhan
Ariel Izz sebagai Rahim
Syafiq Putra sebagai Azri
Mili Supina sebagai Cik Milah
Chomell Fana sebagai Syidah
Sharifah Shahora sebagai Ainun
Mak Engku sebagai Che Yah
Sinopsis Lara Kasih
Aku sayang Khairil. Sangat-sangat sayang. Tapi lelaki yang aku sayang itu hanya seorang penoreh getah. Dengan alasan itulah mak selalu hina dia. Dia tidak seperti menantu lelaki mak yang lain. Berpangkat tinggi semuanya.
“Saya sedih sebab mak buat awak macam ni. Menantu lain bukan main lagi mak tatang.”
“Tak apalah. Bukan rezeki saya nak jadi menantu kesayangan. Tak penting semua tu.”
“Saya bimbang awak gagal bertahan.”
“Insya-Allah, saya akan bertahan. Saya akan bertahan demi awak.”
“Awak tetap akan sayang saya walau mak layan awak macam tu?”
“Sekalipun satu dunia layan saya macam tu, tak mampu untuk mengubah kasih sayang saya terhadap awak. Awak isteri saya, kan? Bidadari saya.”
Pun begitu, kasih sayang kami tambah mendalam. Hidup kami seperti biasa saja. Langsung tak terkesan dengan penghinaan mak. Cuma semakin hari aku semakin bimbang. Bimbang tindakan emak yang seperti mahu memisahkan kami berdua.
Sekeras mana pun hati Khairil, pasti satu ketika dia akan mengalah. Kalau itu terjadi, bagaimana dengan aku nanti? Siapa yang aku akan pilih antara emak dan kasih Khairil?