Filem Memoir Seorang Guru

Memoir Seorang Guru

Nantikan filem 'Memoir Seorang Guru' yang diadaptasi daripada novel karya Allahyarham Azizi Abdullah bakal ditayangkan di pawagam bermula 30 Mei 2024. Filem arahan Kyoll Hamzah ini menampilkan pelakon hebat antaranya Datuk Rosyam Nor, Nabila Huda, Johan Asa’ri, Ellie Suriaty, Zul Huzaimy dan ramai lagi.

Memoir Seorang Guru

Tarikh Tayangan: 30 Mei 2024
Penulis Skrip: Maizura Ederis & Che Li
Pengarah: Kyoll Hamzah
Produksi: Tanah Merah Venture, Kalam Ariff, Mache Allstar 

Watak Pelakon
Rosyam Nor sebagai Cikgu Sunan
Nabila Huda sebagai Kamariah
Rosyam Nor
Nabila Huda
Johan As'ari
Trisha Ooi
Hariz Hamdan
Zul Huzaimy
Jesse Lim
Ellie Suriaty Omar

Sinopsis Memoir Seorang Guru

Mengisahkan mengenai seorang guru, Cikgu Sunan (Datuk Rosyam Nor) yang menentang keras anak perempuannya, Kamariah (Nabila Huda) meneruskan citacitanya untuk menjadi guru kerana tidak mahu perkara yang membelenggunya sehingga bersara terjadi kepada anak kesayangannya.

Konflik dalaman dan kekeliruan sepanjang bergelar pendidik menyebabkan Cikgu Sunan berasa berat hati untuk membenarkan Kamariah mengikut jejak langkahnya. Sebenarnya dia bukan menghalang Kamariah untuk menjadi seorang guru tetapi dia bimbang jika sikap buruknya ketika mendidik juga menjangkiti anaknya.

Cikgu Sunan sedar profesion mulia ini perlu dilalui bukan sekadar untuk mendapat habuan dalam bentuk gaji tetapi jauh lebih penting menjadi pendidik yang mencapai sikap murabbi.