Filem Leha

Leha

Saksikan filem genre aksi komedi, Leha arahan Azaromi Ghozali akan mula ditayangkan di pawagam mulai 11 April 2024.

Leha

Tarikh Tayangan: 11 April 2024
Penulis Skrip: Haris Mohd Nor & Epy Kodiang
Pengarah: Azaromi Ghozali
Produksi: Alfanazra Productions

Watak Pelakon
Silfeny Osman sebagai Leha
Ali Puteh sebagai Sani
Kodi Rasheed sebagai Khai
Dboy Hamdan sebagai Adam
Khir Rahman
Cat Farish
Deen Wahab
Ikhwan Khairudin
Bidin Al Zaifa

Sinopsis Leha

Mengisahkan mengenai seorang gadis, Leha pekerja di sebuah kilang yang mengetahui rahsia di sebalik kes jenayah pemerdagangan manusia di kilang tempat dia bekerja. Leha hampir-hampir diculik sekumpulan lelaki di depan kilangnya itu, namun kejadian berkenaan disedari dua orang pengawal keselamatan iaitu Sani dan Khai yang telah menyelamatkannya.

Rupa- rupanya, Leha telah menjumpai dokumen dalam sebuah pen drive yang mengandungi segala maklumat mengenai kegiatan jenayah yang dilakukan bosnya itu menjadi punca dia diculik. Rentetan daripada itu, Leha bersama Sani dan Khai dan seorang lagi pengawal keselamatan yang baru bekerja iaitu Adam telah bergabung untuk membongkar kegiatan jenayah berkenaan.