
Saksikan telefilem Namaku Adam arahan Along Kamaludin pada 23 Mac 2024, Sabtu pukul 9 malam di TV1.
Namaku Adam
Waktu Siaran: Sabtu, 23 Mar 2024, 9:00 malam
Rangkaian: TV1, RTMKlik
Skrip: Hamieda Sudin
Pengarah: Along Kamaludin
Produksi: Layar Ceritera Sdn Bhd
Pelakon: Josiah Hogan, Dayang Areeda, Mustaqim Bahadon, Wan Sharmila
Sinopsis Namaku Adam
Kisah Adam dan Ain berkahwin atas dasar cinta tetapi hubungan mereka semakin memburuk dek masalah kewangan Adam. Ain berselingkuh dengan Zack, teman sekampung mereka dan memerangkap Adam hingga dia dipenjarakan kerana penjualan dadah. Adam mengetahui kebenaran dan mencuba mencari pekerjaan sebagai penghantar makanan yang disediakan oleh Mawar. Adam akhirnya menceraikan Ain. Ain hamil dan pulang ke kampung tetapi Zack memukulnya. Ain selamat melahirkan namun dia meninggal dunia. Lalu siapakah yang menjaga bayi tersebut?