Drama Helo, Saya Anak Uncle!

Helo Saya Anak Uncle

Saksikan Ramadan Mini Series, 'Hello, Saya Anak Uncle!' akan ditayangkan di TV3 mulai 17 Mac 2024, setiap hari Ahad, pada jam 9 malam.

Helo, Saya Anak Uncle!

Episod: 4
Tarikh Tayangan: 17 Mac 2024
Waktu Siaran: Ahad, 9 malam
Rangkaian: TV3, Tonton
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Creative Skill Solution

Watak Pelakon 
Izzue Islam sebagai Dr. Suhael
Zara Zya sebagai Cikgu Wawa
Rania Amanda sebagai Ciara
Aprena Manrose sebagai Sarah
Raden Zaharatul sebagai Mira
Umar Al Amsyar
Kuna Muzani
Hafidzuddin Fazil

Sinopsis Helo Saya Anak Uncle

Dr. Suhael (Izzue Islam), seorang doktor pakar kanak-kanak yang saban hari dikelilingi oleh pesakit kanak-kanak. Kehadiran seorang anak kecil bernama Ciara yang tiba-tiba mengaku sebagai anaknya telah mengucar-ngacirkan hidupnya.

Ayahnya bersekongkol dengan bekas isterinya untuk membiarkan Ciara dijaga oleh Suhael kerana Sarah (Aprena Manrose) mengikut suaminya ke luar negara dan terpaksa meninggalkan Ciara disebabkan Ciara akan mula persekolahan darjah 1.

Dia merasakan dunianya gelap, hidup yang dulunya bebas dan tidak terikat dengan komitmen kini telah dibebani dengan tanggungjawab sebagai ayah! Kehadiran Ciara telah menggugat posisi Mira (Raden Zaharatul) sebagai teman wanita Dr Suhael.

Setiap hari, pelbagai cara yang Mira lakukan di depan Ciara untuk memastikan bahawa Ciara sedar akan posisinya di hati Dr Suhael. 

Namun kemunculan Cikgu Wawa (Zara Zya) yang merupakan guru sekolah Ciara juga menjadikan Mira semakin membara. Berjayakah Mira menyisihkan posisi Ciara sebagai anak? Adakah kehadiran Ciara hanyalah satu bebanan?