The Secret (Viu Malaysia)

The Secret

Nantikan siri Viu Original terbaru, 'The Secret' dibintangi oleh Remy Ishak, Siti Saleha, Ellyza Azizi, Sara Mack Lubis dan ramai lagi. Drama terbitan Revolution Media dibawah arahan Jason Chong. 

The Secret

Episod: -
Tarikh Tayangan: 2024
Pengarah: Jason Chong
Produksi: Revolution Media

Watak Pelakon
Remy Ishak sebagai Dr. Amir
Siti Saleha sebagai Dr. Jo 
Ellyza Azizi sebagai Liya
Sara Mack Lubis sebagai Ninie
Ucop sebagai Nain
Nadiya Nisaa sebagai Fatin
Amir Nafis sebagai Henry
Lorenzo Irmann sebagai Malik 
Nik Rifa'ie sebagai Fikri
Zeera Azizi sebagai Nurul

Sinopsis The Secret

Apabila Liya, seorang pelajar universiti popular ditemui mati, pihak berkuasa mengklasifikasikan kematiannya sebagai bunuh diri. 

Johanna, pensyarah Liya merupakan satu-satunya individu yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang lebih buruk telah terjadi apabila dia menemui sepucuk surat ugutan di bilik hostel Liya. 

Dengan bantuan sahabat baik Liya, Nini, penyiasatan mereka membawa kepada tuduhan merogol. Tetapi tanpa sebarang bahan bukti yang kukuh, andaian mereka berdua sukar untuk didengari, apatah lagi untuk dipandang serius. 

Johanna yang dibelenggu oleh trauma yang berpanjangan, berazam untuk membawa suspek ke muka pengadilan. 

Namun begitu, keadaan menjadi sukar apabila di mendapati bahawa ada pihak lain yang cuba untuk melakukan apa sahaja, untuk melenyapkan kebenaran.