Drama Dua Darjat (TV3)

Dua Darjat

Saksikan drama bersiri terbitan Tanah Beris Film Production berjudul 'Dua Darjat' disiarkan mulai 12 Jun ini, menerusi slot Akasia TV3 dan strim di Tonton. Drama arahan Shuhaimi Lua ini menampilkan Aniq Durar dan Sharifah Rose selaku teraju utama.

Dua Darjat

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 12 Jun 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production

Watak Pelakon 
Aniq Durar sebagai Hanif
Sharifah Rose sebagai Ariana
Iman Suhana sebagai Husna
Yasmin Hani sebagai Lily
Sharifah Zarina sebagai Rafidah
Raja Azmi sebagai Cik Yam
Zarul Umbrella sebagai Zulkifli
Ferth Jasni sebagai Yusof
Adam Shahz sebagai Azman
Zalela Kadir sebagai Kak Marry
Wawa Azuwar sebagai Chumie
Zack Azalizan sebagai Black
Azfar Hassim sebagai Bob

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Enigma
Artis: Bob Yusuf
Komposer: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh
Lirik: Ikhwan Fatanna


Sinopsis Dua Darjat

Hanif (Aniq Durar) yang dibesarkan oleh ibunya merupakan seorang pelajar yang bijak pandai dan mempunyai impian untuk menjadi peguam yang berjaya. Walaupun dikenali sebagai seorang lelaki yang dingin, dia dikenali ramai dalam golongan pelajar perempuan.

Ariana (Sharifah Rose) merupakan rakan sekelas Hanif yang berwatakan ceria juga mempunyai perasaan terhadap Hanif. Dia akan menggunakan jawatan sebagai pengawas untuk mendekatkan diri dengan Hanif.

Hubungan mereka semakin rapat apabila Hanif telah selamatkan Ariana daripada ahli kongsi gelap. 
Lily (Yasmin Hani) yang merupakan ibu tiri Ariana telah memberi amaran kepada ibu Hanif, Rafidah (Sharifah Zarina) agar Hanif menjauhkan diri daripaa Ariana.

Dua Darjat