Filem The Lord Musang King

The Lord Musang King

The Lord Musang King, sebuah filem aksi kolaborasi antara Malaysia dan Korea Selatan diterbitkan oleh Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd. Filem menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Korea ini menampilkan pelakon Malaysia seperti Yusuf Bahrin, Harissa Adlynn Halim, Fimie Don, Azri Sabri, Hafizuddin Fadzil dan Jay Iswazir, manakala pelakon dari Korea Selatan iaitu Kim Bo Yeon dan Kwak Dong Hyuk. Filem The Lord Musang King akan ditayangkan di pawagam mulai 21 Disember 2023.

The Lord Musang King

Genre: Aksi / Jenayah
Tarikh Tayangan: 21 Disember 2023
Penulis Skrip: Shi Zhong Yuan
Pengarah: Lee Moon-Ho
Produksi: Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd

Barisan Pelakon
Yusuf Bahrin sebagai Haikal
Eddie Chow sebagai Cheon Jin
Fimie Don sebagai Fiezol
Harissa Adlynn Halim sebagai Natasha
Hafidzuddin Fazil sebagai Samad
Azri Sabri sebagai Faruk
Kim Bo-Yeon sebagai Jianna
Kwak Dong-Hyuk
Jay Iswazir sebagai Inspektor Shahar
Shyrim sebagai Dwan

Sinopsis The Lord Musang King

Mengisahkan Haikal, anak pekebun durian yang berjaya, namun diperdaya dan dipenjarakan. Demi menyelamatkan Haikal, bapanya, Samad membuat perjanjian dengan ahli perniagaan Korea Selatan, Jin untuk membebaskan anaknya.

Namun, Samad dibunuh 'taikun' Korea Selatan ketika cuba membebaskan anaknya. Selepas menyedari kejadian sebenar, Haikal tampil menuntut bela atas kematian bapanya.