I.D (Astro Originals)

I.D Astro Originals

Astro Originals mempersembahkan drama siri premium ‘I.D' (Swipe, Steal, Love) yang bakal mendedahkan tentang insiden serta isu-isu yang berlaku di media sosial, terutamanya berkaitan keselamatan data dan jenayah siber akibat salah laku penggunaan data peribadi.

‘I.D’ merupakan siri drama premium 8 episod terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47, diarahkan oleh Razaisyam Rashid iaitu pengarah Projek Anchor SPM, manakala skrip pula ditulis oleh Ashraf Modee Zain.

Nantikan I.D bakal bersiaran pada 23 Februari, setiap Jumaat jam 9 malam, menerusi Astro Premier (Saluran 410) atau boleh menyaksikan episod awal di setiap minggu bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.

I.D Swipe Steal Love

Episod: 8
Tarikh Tayangan: 23 Februari 2024
Waktu Siaran: Jumaat, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Premier & Astro GO
Penulis Skrip: Ashraf Modee Zain
Pengarah: Razaisyam Rashid
Produksi: Astro Shaw & Alpha47

Watak Pelakon
Naim Daniel sebagai Aidi Zabran / Tengku Remy
Amelia Henderson sebagai Anggun Zahara
Aedy Ashraf sebagai Jazman Rahim
Datuk Rosyam Nor sebagai Rahim Abadi
Ellyza Azizi sebagai Alia Mukhriz
Shantini Venugopal sebagai Patti Shanti
Joyce Harn sebagai Jo
Jo Kukathas sebagai Dato Kumari Lakshmi

Sinopsis I.D Swipe, Steal, Love

Mengisahkan Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta BEBAS App, aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat - maklumat pengguna bagi tujuan pemakluman info semasa. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman. Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta maklumat pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baharu iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.

Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi.

I.D Swipe Steal Love