Filem Sazali Meor Coco

Sazali Meor Coco

Saksikan filem Sazali Meor Coco naskhah pertama terbitan Aquila Emas Sdn Bhd dan arahan pertama Zizan Nin ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 16 November 2023. Filem ini juga menampilkan barisan pelakon baharu iaitu Syazani Zikry, Iman Zulkarnanin dan Shah Radhi.

Sazali Meor Coco

Genre: Drama / Komedi
Tarikh Tayangan: 16 November 2023
Penulis Skrip: Hafeez Amin
Pengarah: Zizan Nin
Produksi: Aquila Emas Sdn Bhd

Lagu OST: Razmansyah - Tiga Raga

Watak Pelakon
Syazani Zikry sebagai Sazali
Shah Radhi sebagai Meor
Iman Zulkarnain sebagai Coco

Sinopsis Sazali Meor Coco # Tetiber U-Tuber

Tiga sahabat berhijrah ke bandar untuk mencuba nasib menjadi bintang. Malangnya mereka sering ditindas dalam mendepani sepak terajang industri.

Nasib akhirnya merubah mereka menjadi 'U-Tuber' yang popular, namun mengundang masalah hingga terputus persahabatan disebabkan cetek ilmu bidang diceburi dan permasalahan sikap.