Deria Ke 7 (TV2)

Deria Ke 7

Saksikan telefilem suspen thriller, Deria Ke 7 akan disiarkan pada 9 Oktober ini, Isnin pukul 9 malam di TV2.

Deria Ke 7

Waktu Tayangan: Isnin, 9 Oktober 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Cerita Asal: Puovin
Penulis Skrip: Tommy Loh
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Ori Art Film Sdn Bhd
Pelakon: Shiqin Kamal, Ali Reza, Amir Nafis, Syafnida Shuhaimi

Sinopsis Deria Ke-7

Kyra, seorang anak yatim piatu berasal dari keluarga hartawan. Selepas Kyra gagal dalam perkahwinan pertamanya bersama Arman, kebahagiaannya bagaikan telah lengkap setelah dia mengenali dan berkahwin dengan Benjamin. Malangnya, Kyra telah terlibat dengan sebuah kemalangan. 

Selepas terselamat dalam sebuah kemalangan ngeri, Khayra mengalami kelebihan mendapat gambaran mengenai apa yang telah terjadi dan juga apa yang belum terjadi yang membuatkan timbul perasaan sangsi terhadap suaminya. Dia merasakan bahawa suami penyayangnya itu sedang merancang dengan orang disekeliling untuk membunuh dan merampas segala hartanya.