Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah

Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah

Terbaharu di slot Akasia, ‘Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah’ terbitan oleh Zeel Production, diinspirasikan daripada novel ‘Aku Cinta Dia’ karya novelis Sharifah Abu Salem bakal disiarkan bermula pada 9 Januari 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam dan strim di iQIYI satu jam selepas siaran di kaca televisyen.

Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah yang mempunyai 28 episod diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Menampilkan barisan pelakon muda dan lama seperti Rita Nadira, Aniq Suhair, Aidit Noh, Zamarul Hisham, Mas Anizan, Ezany Nizariff, Azza Elite dan ramai lagi.

Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 9 Januari 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Sharifah Abu Salem
Pengarah: Shuhaimi Zulkefli
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd

Lagu OST
Tajuk: Hanya Tuhan Yang Tahu
Artis: Awi Rafael
Komposer & Lirik: Manis Helma / Zuryati Isa

Watak Pelakon
Rita Nadira sebagai Dania
Aniq Suhair sebagai Iqbal
Aidit Noh sebagai Qabil
Zamarul Hisham sebagai Safuan
Mas Anizan sebagai Kayra
Ezany Nizariff sebagai Hussin
Azza Elite sebagai Hajah Maryam
Serene Claire sebagai Julia
Nafiez Zaidi sebagai Ustaz Affan
Lydiawati sebagai Hajah Syafiyyah
Zulkifli Ismail sebagai Haji Mukri
Iman Aneesa sebagai Umairah
Natasha Azizan sebagai Sheera
Putri Dellyna sebagai Sofea
Ikhram Juhari sebagai Bakri
Mosen Nadzli sebagai Ustaz Syaqir

Sinopsis Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah

Dania terlanjur dengan teman lelakinya, Qabil dan mendapati dirinya telah mengandung. Dania meminta Qabil bertanggungjawab tetapi Qabil hanya anggap Dania bergurau, dan seterusnya menghilangkan diri. Ayah Dania, Datuk Safuan mahu Dania menggugurkan kandungannya kerana menganggap kehamilan Dania bakal memusnahkan impiannya yang sedang sibuk berkempen jawatan presiden persatuan niaga.

Ibunya, Datin Kay bertindak menyembunyikan Dania di Wadi Safiyyah, pusat perlindungan gadis bermasalah. Tanpa diduga, pusat tersebut dimiliki oleh ibu bapa Qabil. Dania mula mendapat ketenangan di Wadi Safiyyah dan menyerahkan cintanya kepada Allah.

Iqbal pulang ke Wadi Shafiyyah dan menjadi perhatian penghuninya terutama Nora dan Sheera. Adik angkat Iqbal, Ustazah Umairah juga gembira dengan kepulangannya. Umairah memang mencintai Iqbal dan meletakkan harapan selepas tunang Iqbal, Siti Aisyah meninggal dunia.

Haji Mukri menyerahkan tugas mengendalikan Wadi Shafiyyah kepada Iqbal. Di situ, Dania berjumpa dengan Iqbal tanpa mengetahui dia adalah adik kandung kepada Qabil. Iqbal terkejut kerana wajah Dania selepas mengenakan tudung mirip dengan arwah tunangnya. Iqbal mula menumpukan perhatian kepada Dania dan ia menimbulkan ketidakpuasan hati Ustazah Umairah. Beberapa bulan kemudian, Qabil pula muncul di Wadi Safiyyah. Apakah yang bakal terjadi antara Dania, Iqbal dan Qabil?

Dania, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibatnya, papanya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial. 

Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada Allah. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir. 

Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.

Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai Allah dan Rasul-nya terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.

Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah