Battleground Malaysia: Road To Gold

Battleground Malaysia Road To Gold

Astro kembali dengan rancangan pertandingan sukan tarian 'street dance' terbesar di Malaysia iaitu Battleground Malaysia: Road to Gold (#BTGMY) yang memberi peluang penyertaan dan penyerlahan bakat anak muda seluruh negara.

Battleground Malaysia: Road to Gold merupakan inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan, dan diperkasakan oleh Rakan Muda yang diberi nafas baharu menerusi jenama gaya hidup Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik.

Program ini juga dilaksanakan bertujuan membawa Kempen Road To Gold melalui penyertaan Malaysia dalam Temasya Sukan Olimpik Paris ke XXXIII pada 2024 dengan membawa mesej sokongan seluruh rakyat Malaysia dalam misi mendapatkan emas pertama negara.

Pertandingan ini menampilkan empat kapten tarian terkemuka yang ditugaskan untuk memilih kru seramai sepuluh orang berdasarkan kebolehan menari mereka.

Kapten-kapten ini terdiri daripada:
1. Lego Sam (Pemenang pingat emas Sukan SEA acara Breaking)
2. Khenobu (Wakil Malaysia ke Sukan SEA)
3. Danny Lee, ahli kumpulan muzik 3P (Threee Production)
4. Seven (Juara Astro Battleground 2010 & 2011)

Kesemua mereka akan membentuk pasukan masing-masing dengan menguji kemahiran penari-penari yang bertanding menerusi pelbagai cabaran.

Rancangan ini turut membawa penari-penari dari pelbagai latar belakang untuk bertarung dengan gaya street dance mereka. Hanya penari yang terhandal akan kekal dalam pertandingan ini.

Astro akan mengadakan grand finale secara langsung pada 3 November di mana hanya pasukan tarian terhandal akan bertanding di hadapan juri-juri antarabangsa.

Kru juara akan membawa pulang RM100,000, manakala naib juara akan menerima RM30,000. Selain itu, peserta-peserta dalam kru juara akan bersaing sesama sendiri untuk memenangi hadiah tambahan RM25,000.

Battleground Malaysia: Road to Gold akan dihoskan dalam tiga bahasa oleh Sherry Alhadad, Dennis Yin dan Saint TFC manakala selebriti versatile iaitu Zizan Razak akan memegang tanggungjawab sebagai juri.

Saksikan Battleground Malaysia: Road to Gold menerusi Astro RIA (Saluran 104), Vinmeen (Saluran 202) & SHOWCASE (Saluran 413) setiap Jumaat, 10 malam mulai 29 September.

Rancangan ini juga boleh ditonton di Astro AEC (Saluran 306) setiap Sabtu, 11 malam mulai 30 September 2023.