
Nantikan siri Viu Original, W: Two Worlds adaptasi daripada drama Korea yang dibintangi oleh Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Mierul Aiman dan Elizabeth Tan. Siri ini akan diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim dan diterbitkan oleh Zurina Ramli.
W: Two Worlds
Tarikh Tayangan di Viu: 2023
Penulis Skrip: Mamu Vies, Fairul Nizam Ablah
Pengarah: Datuk Yusry Abd Halim
Produksi: Independent Pictures
Watak Pelakon
Daiyan Trisha sebagai Izara Omar
Hun Haqeem sebagai Aliff Hadi
Elizabeth Tan sebagai Hanna
Mierul Aiman sebagai Ghazi
Faizal Hussein sebagai Omar Yusuf
Tony Eusoff sebagai Musa
Shah Kimin sebagai Rafi
Amerul Affendi sebagai Shawn
Azrul Zaidi sebagai Dr Zul
Ikhram Juhari sebagai Detektif Ali
Sinopsis W Two Worlds
Mengisahkan Izara (Daiyan Trisha) mencari bapanya, iaitu pencipta siri Webtoon popular, W, yang hilang secara misteri.
Ini membawa Izara ke dunia Webtoon yang mana dia menyelamatkan nyawa watak utama, Aliff (Hun Haqeem).
Tidak tahu tindakannya membawa padah, Izara mendapati dirinya terjerat dalam dunia Webtoon yang mana memiliki kehidupan tersendiri dengan realiti berbeza.
