Telah Aku Halalkan (TV2)

Telah Aku Halalkan

Saksikan kisah kekeluargaan dalam telefilem 'Telah Aku Halalkan' arahan Hazali Ramli akan disiarkan pada 17 April ini, Isnin pukul 9 malam di TV2.

Telah Aku Halalkan

Waktu Siaran: Isnin, 17 April 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 RTM
Idea Asal: Liza Khairudin
Penulis Skrip: Shah Rizal Mashur
Pengarah: Hazali Ramli
Produksi: Infusion Sdn Bhd
Pelakon: Ainina Ahmad B, Jay Iswazir, Wan Sharmila, Ewan Fauzi, Puteri Balqis, Aman Aziz, Umar Shakur, Cik Feeya

Sinopsis Telah Aku Halalkan

Kisah Mak Munah, seorang ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak. Anak-anaknya semuanya telah dewasa tetapi semuanya masih mengharapkan kudrat tuanya untuk memberi khidmat kepada anak-anaknya dengan pelbagai alasan.

Mak Munah berasa sedih dengan apa yang berlaku dalam hidupnya dan berasa hati dengan apa yang telah dilakukan oleh anak-anak terhadap dirinya. Kesudahannya dia memutuskan untuk menyerahkan keseluruhan hartanya kepada pihak Baitulmal setelah kematiannya. Namun masih adakah peluang bagi mereka menuntut keampunan daripada ibu tersayang?