Mualaf Ekspres (TV2)

Mualaf Ekspres

Saksikan telefilem Mualaf Ekspres lakonan Daniel Fong dan Harissa Adlynn pada 10 April ini, Isnin pukul 9 malam di TV2.
  

Mualaf Ekspres

Waktu Siaran: Isnin, 10 April 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 RTM
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: Rumah Produksi Merah
Pelakon: Daniel Fong, Harissa Adlynn, Ropie, Nazia Mustafar, Dato’ Awie, Wan Gegau Samsudin

Sinopsis Mualaf Ekspres

Sean Lee, seorang pemuda berbangsa Cina yang cuba berpuasa sepanjang Ramadan kali ini. Hakikatnya dia melakukan semua ini demi membuktikan kepada keluarga kekasihnya, Sweet bahawa dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membuktikan kesungguhan dirinya terhadap kekasihnya itu. Ia termasuklah sanggup berpuasa demi mengekalkan hubungannya dengan Sweet.

Sementara itu, Mak Liza ibu kepada Sweet merancang untuk menjodohkan anak gadisnya itu dengan lelaki bernama Ropie yang juga orang kaya di kampung mereka. Mak Liza beranggapan bahawa Sweet akan lebih bahagia dapat berkahwin dengan lelaki kaya yang serba sempurna.

Untuk mencapai cita-citanya menjodohkan Sweet dengan Ropie, Mak Liza merancang pelbagai helah bersama-sama dengan Ropie untuk menggagalkan cubaan Sean Lee berpuasa. Namun adakah hasrat mereka berjaya? Bagaimana pula Sean Lee menepis cubaan tersebut?