Sinopsis Sumpahan Syaitan

Sumpahan Syaitan

Sumpahan Syaitan adalah sebuah filem seram komedi arahan Roy Krishna, terbitan D-Bay Film Factory dan Redfiress Film Production yang menggandingkan pelakon-pelakon hebat seperti Farid Kamil, Dato’ AC Mizal, Dato’ Jalaludin Hassan, dengan ramai pelawak yang digemari ramai dari kumpulan Senario dan ramai lagi. Filem Sumpahan Syaitan bakal ditayangkan di pawagam bermula 2 Mac 2023.

Sumpahan Syaitan

Tarikh Tayangan: 2 Mac 2023
Penulis Skrip: Epy Kodiang
Pengarah: Roy Krishna
Produksi: D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production
Pelakon: Farid Kamil, AC Mizal, Jalaludin Hassan, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Yassin Senario, Saiful Apek, Cracky Don, Amai Kamaruddin, Azlee Senario, Arin Rajalawak, Syaiful Zero, Pak Ya Sepahtu, Epy Kodiang, Azlan Komeng, Kenji Sawahii, Lala

Lagu Tema (OST):
Akhirnya Pasti - Aniez Burke feat Ishraq, Beejay, Ash
Pergilah - Amira Anuar feat Ishraq

Sinopsis Sumpahan Syaitan

Kisah tentang seorang lelaki bernama Sam (Farid Kamil) yang telah diperdaya untuk membuat pelaburan MLM. Kerana ingin cepat kaya, Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco (Jalaluddin Hassan).

Apabila Sam menyedari beliau telah di tipu dari pelaburan MLM, Sam membawa keluarganya berjumpa rakannya Malik (AC Mizal) bagi melarikan diri dari Branco. Malik telah mengarahkan Sam untuk bersembunyi di sebuah hotel lama kepunyaannya.

Malangnya, Sam dan warga kerja hotel tersebut dihantui pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. Apakah punca kejadian aneh tersebut?