Imam Instant Ustazah Scammer

Imam Instant Ustazah Scammer

Nantikan drama siri komedi terbaru Zeel Production, Imam Instant Ustazah Scammer menampilkan gandingan Mira Filzah dan Hun Haqeem akan ditayangkan bermula 5 Mac setiap Ahad jam 9 malam menerusi Astro Ria atau strim dalam Astro Go.

Imam Instant Ustazah Scammer

Episod: 9
Tarikh Tayangan: 5 Mac 2023
Waktu Siaran: Ahad, 9:00 malam
Rangkaian: Asto Ria / Astro Go
Cerita Asal: Amar Amir
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Mira Filzah sebagai Effa
Hun Haqeem sebagai Asyraf
Mierul Aiman sebagai Ronaldo
Qasrina Karim sebagai Siti Siakap
Yasmin Hani sebagai Zubaidah
Yassin Yahya sebagai Arof
Azza Elite sebagai Saleha 
Usop Wilcha sebagai Tok Jamlus
TJ Isa sebagai Bidin 
Fendi Seman sebagai Tok Man
Mak Jah sebagai Mak Jah

Sinopsis Imam Instant Ustazah Scammer

Menceritakan tentang seorang wanita bernama Effa lakonan Mira Filzah yang menyamar menjadi ustazah melarikan diri dari ahlong ke Kampung Ramadan.

Secara tidak sengaja, Effa berjumpa dengan Asyraf watak Hun Haqeem yang merupakan imam dilantik segera kerana suka mengaji dan videonya menjadi perhatian ramai.

Namun, gelaran imam yang diberi membuatkan Asyraf kurang selesa dan meminta orang ramai berhenti memanggilnya sebegitu kerana dia hanya cintakan al-Quran.

. . . . .

Demi membayar hutang, Effa sanggup menyamar menjadi ustazah dan menipu tentang latar belakangnya. 

Namun, kerana asyik dikejar ahlong, dia nekad melarikan diri ke Kampung Ramadan dan bertemu dengan Imam Asyraf, seorang influencer yang viral kerana alunan suara ketika mengajinya yang cukup merdu. 

Imam Asyraf telah dilantik oleh Tok Jamlus untuk menjadi imam sepanjang tarawikh Ramadan ini. Kehadiran Effa ke kampung itu membuatkan Asyraf mula mengesyaki sesuatu.

Imam Instant Ustazah Scammer