Drama Bintang (TV3)

Bintang tv3

Drama bersiri 'Bintang' merupakan terbitan syarikat produksi Country & Universal Sdn Bhd dan diarahkan oleh Nizam Zakaria. Menampilkan barisan pelakon seperti Daniel Fong, Ruhainies, Siti Hariesa, Keith Foo dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod ini bersiaran bermula pada 6 April 2023, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary dan strim eksklusif HD di www.tonton.com.my

Bintang

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 6 April 2023
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Penulis Skrip: Haida Mazni Mohammad
Pengarah: Nizam Zakaria
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd
Lagu Tema (OST): Hael Husaini - Bintang

Watak Pelakon
Ruhainies sebagai Iris
Daniel Fong sebagai Thirak
Siti Hariesa sebagai Rayna
Keith Foo sebagai Mustafa
Azhar Sulaiman sebagai Zubir
Azri Iskandar sebagai Pak Mahmud
Haidar Hasanudin sebagai Dani
Natasha Elyzza sebagai Kamelia
Nadia Kesuma sebagai Rogayah
Ain Evon sebagai Duangphen
Nazeera Sardi sebagai Norain 
Faa Zaini sebagai Melati 
Zazly Baginda sebagai Majid 
Badrul Muhayat sebagai Borhan 
Hawa Fasha sebagai Muna

Sinopsis Bintang

Iris (Ruhainies) merupakan anak kepada Pak Mahmud (Azri Iskandar) yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya di kampung. Pak Mahmud seorang yang amat tegas dan menitikberatkan tentang pendidikan Iris dan status keluarga mereka sehingga menyebabkan Iris jarang bergaul dengan orang kampung. Sebaliknya, Iris ikhlas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira status. 

Thirak (Daniel Fong) bersekolah di sekolah menengah yang sama dengan Iris. Thirak duduk di kampung bersama ibunya, Duangphen (Ain Evon) yang ingin melihat Thirak sambung pengajiannya ke universiti. Thirak yang berketurunan Thailand, mempunyai ciri-ciri Melayu yang kuat kerana sifatnya yang sangat peramah dan pandai bergaul. 

Pertemuan mereka secara beransur-ansur membibitkan perasaan cinta antara satu sama lain. Namun Mustafa (Keith Foo) juga mengejar cinta Iris. Perasaan hasad dengki timbul apabila Mustafa gagal meraih cinta Iris. Mustafa memasang niat buruk dengan memaklumkan ibu bapa Iris tentang hubungannya dengan Thirak. 

Berikutan kejadian itu, Iris dihantar belajar ke luar negara dan hubungannya dengan Thirak terputus bertahun-tahun. Beberapa tahun kemudian, Iris pulang ke kampung semula apabila telah menamatkan pengajiannya di luar negara. Apakah kesudahan yang bakal berlaku pada hubungan mereka? Masih adakah sinar kedua bagi Iris dan Thirak setelah bertahun-tahun terputus hubungan?