Bedak Arang (TV2)

Bedak Arang

Saksikan telefilem 'Bedak Arang' disiarkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 23 Januari, Isnin pukul 9.00 malam di TV2.

Bedak Arang

Waktu Siaran: Isnin, 22 Januari 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 RTM
Idea Asal: Zainorhisyam Samudin
Penulis Skrip: Ares Bahar & Ekim Imer
Pengarah: Zainorhisyam Samudin
Produksi: Eccentro Distro Sdn Bhd
Pelakon: Jesse Lim, Louisa Chong Abdullah, Akmal Ahmad, Syed Muhammad Irfan, Abby Nadzri

Sinopsis Bedak Arang

Lee seorang tukang besi yang begitu mengharapkan anak lelakinya mewarisi bakat turun-temurun keluarga mereka sebagai penempa besi.

Tetapi malangnya, anaknya enggan menerima cadangan bapanya itu dan memberikan pelbagai alasan. Situasi itu menyebabkan Lee nekad meneruskan perniagaan tersebut seorang diri.

Sementara itu isterinya, Xiu Ching pula merupakan bekas penyanyi opera terkenal satu ketika dahulu. Namun kerana faktor usia, tiada lagi orang mencarinya untuk membuat persembahan. Masanya banyak dihabiskan di rumah sebagai suri rumahtangga.

Hingga satu hari Lee berdepan dengan penjahat yang memeras ugut untuk mendapatkan wang daripadanya. Lee mula tertekan dengan masalahnya apatahlagi pada masa sama Xiu Ching pula semakin lupa dengan banyak perkara.

Kehadiran seorang budak lelaki yang menunjukkan minat mendalam dalam bidang penempa besi memberikan sinar dalam hidup Lee. Dia mula nampak kepada siapa kerjayanya itu mahu diwarisi. Namun apakah impiannya tertunai?