Kalamarif Holdings Sdn Bhd muncul dengan sebuah naskhah istimewa berjudul Duan Nago Bogho. Filem arahan Sabri Yunus ini menggabungkan aksi dengan elemen seni budaya Malaysia iaitu Mak Yong dengan nilai komersial. Tajuk 'Duan Nago Bogho' adalah gambaran sifat watak utama iaitu Duan seperti ular ‘Nago Bogho’ atau lebih dikenali sebagai ular tedung selar. Filem Duan Nago Bogho akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 19 Januari 2023.
Duan Nago Bogho
Tarikh Tayangan: 19 Januari 2023
Penulis Skrip: Sabri Yunus
Pengarah: Sabri Yunus
Produksi: Kalam Ariff Holdings Sdn Bhd
Barisan Pelakon
Asrul Faizal sebagai Duan
Jojo Goh sebagai Nancy
Saidi Sabri sebagai Awi
Sabri Yunus sebagai Pok Su Ki
Datuk Rosyam Nor sebagai Fendi Bb
Aye Hushairi sebagai Nulik
Angeline Tan sebagai Nyonya Ang
Jason Chong sebagai Mr Low
Sangeeta Krishnasamy sebagai Salmi
Prof Dr. Lim Swee Tin sebagai Jimmy Ang
Arjuna Sukma sebagai Somad
Pokku Redang sebagai Peran Tua
Issey Fazlisham sebagai Din Jkkn (Peran Muda)
Yank Kassim sebagai Orang Kanan Fendi Bb (Laga)
Zamzuriah Zahari sebagai Puan Halimah
Sinopsis Duan Nago Bogho
Mengangkat kisah seorang anak seni tradisional Kelantan Mak Yong iaitu Duan yang juga pemain peran Mak Yong yang mempunyai dua personaliti. Dia yang mencintai seni tradisional juga dalam masa yang sama sangat suka bergaduh.
Kisahnya bermula selepas Duan bergaduh dengan penonton Mak Yong yang mengganggu sewaktu dia sedang membuat persembahan sehinggalah ayahnya meminta dia untuk meninggalkan kampung dan mencari kerja lain.
Rakannya iaitu Awi yang tinggal di Kuala Lumpur mengajak Duan ke ibu kota. Awi memberitahu Kuala Lumpur memberikan peluang yang lebih luas dalam bidang seni, termasuklah Mak Yong. Awi adalah pekerja seni yang cuba membawa seni Kelantan ke arah yang lebih luas dan maju.
Selain itu, tugas Duan adalah untuk membantu Nancy, anak kepada Jimmy Ang iaitu seorang lelaki cina keturunan Kelantan sehingga membawa konflik dalam hidup Duan.