Drama Hilang (Viu)

Hilang

Nantikan siri Viu Original, HILANG bergenrekan misteri thriller arahan bersama Ghaz Abu Bakar bersama Sein Qudsi boleh ditonton di platform Viu mulai 17 November 2022, Khamis, dengan dua episod baharu pada setiap Khamis minggu seterusnya.

Penonton Viu boleh menonton siri ini di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store, Google Play, Huawei App gallery dan TV pintar terpilih, serta laman web www.viu.com

Hilang

Episod: 10
Tarikh Tayangan di Viu: 17 November 2022
Skrip: Qamarul Hassan, Arshad Adam, Farah Alya As'ari, Rahim Ramli, Omar Yunus, Taqim Zaki, Hariry Jalil, Bainun Waheeda
Pengarah: Ghaz Abu Bakar & Sein Qudsi
Produksi: The Media Hustler
Lagu Tema: Rasa Yang Hilang - Heidimoru

Watak Pelakon
Khir Rahman sebagai Munir
Siti Saleha sebagai Wangi
Aqasha sebagai Yusof
Jasmine Suraya sebagai Cay
Azhar Sulaiman sebagai Dato Jamil
Farah Ahmad sebagai Azura
Radhi Khalid sebagai Tuan Ghaffar
Rosdeen Suboh sebagai Pak Akob
Farid Amirul sebagai Dato Steven
Taqim Zaki sebagai Kamil
Aloeng Silalahi sebagai Pak Taib
Mimi Ernida sebagai Cikgu Laila
Akmal Ahmad sebagai Cikgu Rasyid
Bibiana Anthony sebagai Mageswary
Ellyza Azizi sebagai Hazirah 
Khayrisyah Kemal sebagai Jannah
Bavishan sebagai Ramesh
Syed Irfan sebagai Haikal
Rayyan Ho sebagai Musa
Arel Azimi sebagai Khalif 
Puteri Rayyana Rayqa sebagai Maira 
Puteri Rafasya sebagai Husna 
Sazrin Aizul sebagai Husin

Sinopsis Hilang

Menceritakan tentang Inspektor Munir, penduduk tempatan dalam sebuah bandar fiksyen, Seri Daik yang kembali ke kampung halamannya selepas 17 tahun untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan seorang remaja perempuan. Inspektor Munir bekerjasama dengan pegawai Chen Ai Yun (Cay), yang merupakan individu yang disukai dan dipercayai oleh pihak berkuasa di Seri Daik. Munir bertemu Yusof, seorang guru agama yang dituduh Munir sebagai punca kematian adiknya semasa satu upacara rawatan yang gagal. Yusof percaya yang pelakunya bukanlah dari dunia ini. Apabila seorang lagi remaja hilang atas sebab misteri, Munir dan Yusof terpaksa bekerjasama untuk merungkai kejahatan yang membelenggu Seri Daik. Disampung itu, watak utama Wangi, merupakan anak angkat kepada ayah Yusof, yang membesar bersama-sama Yusof. 

Hilang