Drama Kampung People 3

Kampung People 3

Kampung People kembali untuk musim yang ketiga dengan mengekalkan barisan pelakon asalnya iaitu Rashidi Isyak, Elly Mazlein, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah yang akan menemui anda semua menerusi slot Lestary. Drama komedi santai kekeluargaan ini diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dan diterbitkan oleh KL Motion Pictures. 

Kampung People 3 bakal ditayangkan pada 18 November 2022 pada pukul 9.30 malam dan episod seterusnya diteruskan pada 23 November 2022 setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam di TV3 menerusi slot Lestary.

Kampung People 3

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 18 November 2022
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: TV3 slot Lestary
Pengarah: Wan Hasliza Wan Zainuddin
Produksi: KL Motion Pictures

Watak Pelakon
Rashidi Ishak sebagai Mona
Elly Mazlein sebagai Razi
Riena Diana sebagai Laila
Kamarul Eqifshah sebagai Imran
Hun Haqeem sebagai Jaafar
Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
Danish Hazriq
Haidar Hasanudin

Sinopsis Kampung People 3

Setelah Razif sekeluarga dan beberapa orang kampung yang lain ditidurkan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, mereka semua telah dikejutkan semula dengan identiti diri yang baharu untuk mengaburi mata geng Cengkih Manis yang masih lagi mengancam keselamatan mereka. Demi keselamatan yang lebih terjamin, mereka semua kini mendiami sebuah perumahan flat di sebuah bandar.

Untuk menyembunyikan kesilapan Pacerat sendiri, Agen Shukrinah dan Agen 1 terpaksa berbohong kepada Laila yang mengatakan bahawa otak Jaafar terpaksa dipindahkan ke dalam badan Badrul bisu. Namun, Razif dan Laila sekeluarga dapat membongkar agenda kedua-dua agen Pacerat ini dan mula mengatur strategi untuk mengenakan mereka semula.

Berpindah ke kawasan yang baharu ini bukannya sesuatu yang mudah. Razif turut menghadapi masalah dengan penduduk flat itu. Sejak kehilangan Jaafar, Laila mengalami kemurungan yang berpanjangan namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari Jaafar. Dapatkah Razif sekeluarga dan orang kampung menempuh segala cabaran dan ujian yang bakal dihadapi mereka? Adakah geng Cengkih Manis akan muncul dan mengancam keselamatan mereka lagi?

Kampung People 3