Filem Harum Malam

Harum Malam

Pengarah filem tersohor Dain Said, kini kembali dengan sebuah karya baru yang amat di-nantikan-nantikan. Filem Harum Malam yang bergenre seram, bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Februari 2023. 

Harum Malam dibintangi oleh Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud and Faizal Hussein. Filem ini juga memperkenalkan bakat-bakat muda yang menyinar – Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra.

Filem ini diterbitkan oleh Apparat, dan buat pertama kali bekerjasama dengan D’Ayu Pic tures and Skop Productions. Harum Malam akan mendapat tayangan perdana antarabangsa (Festival World Premiere) di Fantastic Fest, sebuah festival filem bercorak “genre” (horror, fantasi) yang terbesar di Amerika Utara yang akan berlangsung di Aus tin, Texas pada 22-29 September 2022.

Harum Malam

Tarikh Tayangan: 9 Februari 2023
Lakon Layar: Dain Said, Nandita Solomon, Ben Omar
Pengarah: Dain Said
Produksi: Apparat, D’Ayu Pictures, Skop Production 

Watak Pelakon
Idan Aedan sebagai Iqbal
Remy Ishak sebagai Jamil
Bront Palarae sebagai Norman
Nadiya Nisaa sebagai Dina
Nabila Huda sebagai Zehan
Arnie Shasha sebagai Ah Boy
Angelica Petra sebagai Ilya
Amanda Ang sebagai Anna

Sinopsis Harum Malam

Terseksa dengan keupayaannya untuk melihat orang mati dan makhluk dari dimensi lain, Iqbal (16 tahun), seorang pelatih perubatan iman dan pengusir kuasa-kuasa jahat, cuba menafikan deria keenamnya. Dalam usaha untuk membantu, bapanya, iaitu Norman, 'mengunci' kebolehan Iqbal.

Iqbal bergaul dengan sekumpulan budak-budak yang tinggal di blok pangsapurinya – Bob yang pengecut, Ali yang sporting dan Ah Boy (seorang perempuan) yang berani. Norman mengambil peluang pekerjaan sementara dengan salah seorang pelanggannya, Jamil (juga ayah Ah Boy). Jamil telah menukar flatnya menjadi rumah hijau di mana dia membiak tumbuhan eksotik, termasuk tumbuhan karnivor seperti bunga bangkai, yang diseludupnya dari Indonesia. Jamil memerlukan Norman untuk menjaga pokok-pokoknya semasa dia ke hutan untuk beberapa minggu. Norman melarang Iqbal daripada memasuki flat rumah hijau Jamil itu.

Selepas Iqbal dan kawan-kawannya dibuli oleh seorang pengedar dadah, Iqbal membawa mereka menyelinap masuk ke dalam rumah hijau Jamil. Dengan tidak sengaja, budak-budak itu melepas-kan satu makhluk gelap yang terkunci di dalam bilik terlarang di flat rumah hijau tersebut. Iqbal sekali lagi trauma dan dihantui oleh bunyi yang mengganggu, serta kunjungan dan pertemuan ghaib. Beberapa penduduk di blok pangsapuri itu dirasuk dan menemui kematian yang mengeri-kan. Penemuan sebuah mayat di flat rumah hijau Jamil membuatkan Norman berang dengan Iq-bal, tetapi Iqbal keliru kerana kebolehannya sepatutnya telah dikunci. Apabila makhluk itu merasuk Ah Boy, Iqbal terpaksa menerima kebolehan psikiknya dan berhadapan dengan mahkluk itu.

Harum Malam