Disney+ Hotstar mengumumkan siri original pertama dari Malaysia “Special Force: Anarchy” diinspirasikan oleh filem aksi popular 2018 Malaysia, 'KL Special Force', drama siri aksi terbaharu ini diterbitkan oleh Skop Production, di bawah arahan Syafiq Yusof dan dibintangi oleh barisan artis tersohor, Puteri Aishah, Dato’ M. Nasir dan Yusuf Bahrin.
Special Force Anarchy
Episod: 7
Tarikh Tayangan: 14 Januari 2023
Rangkaian: Disney+ Hotstar
Skrip: June Tan & Nazri Vovinski
Pengarah: Syafiq Yusof
Produksi: Skop Productions Sdn Bhd
Pelakon: Puteri Aishah, Dato’ M. Nasir, Yusuf Bahrin, Steve Yap, Dynas Mokhtar, Theebaan G, Fify Azmi, Chacha Maembong, Elizabeth Tan, Johan As’ari, Daniella Sya
Sinopsis Special Force Anarchy
Mengikuti perjalanan Iman (Puteri Aishah), seorang pegawai polis muda, bersemangat tinggi, dari sebuah negara fiksyen, Tenggara.
Tanpa diduga, siasatan yang dilakukan terhadap satu rompakan bank terancang, bukan sahaja telah mempertemukannya dengan kumpulan bawah tanah berbahaya, tetapi juga telah membuka sebuah rahsia besar yang mampu mengubah segalanya!
Sebagai seorang pegawai polis cemerlang yang serba boleh, Iman direkrut untuk menyertai satu pasukan anti-rasuah elit khas yang diketuai oleh bapanya sendiri, Komander Qabil (Hasnul Rahmat).
Ditubuhkan khas untuk menyelesaikan kes jenayah paling berbahaya, penyertaan Iman telah membantu pasukan itu membongkar rancangan rompakan di Bank Tenggara oleh geng penjenayah ganas yang dikenali sebagai Azazel. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh seorang lelaki bernama Umar (Dato’ M. Nasir).
Di tengah konflik persengketaan itu, Iman terperangkap dengan kebuntuan apabila berdepan dengan sebuah pendedahan mengejutkan. Iman kini dipaksa untuk membuat pilihan yang mustahil.