Kampong Pisang Berbuah Dua Kali

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali

Sutradara tersohor Allahyarham Mamat Khalid telah meninggalkan sebuah legasi cukup besar buat industri penyiaran, perfileman Malaysia serta masyarakat. Kejayaan-kejayaan yang dicipta turut menyumbang kepada corak perubahan perfileman tempatan, antaranya filem Hantu Kak Limah menjadi filem pertama negara yang menembusi kutipan pecah panggung RM30 juta, francais filem komedi No 1 tanah air ‘Kampong Pisang’ telah dikembangkan dari filem ke drama siri premium, telemovie serta filem pendek, dan lebih unik menjadi satu-satunya jenama filem tempatan yang masih menerima reaksi positif serta relevan hingga ke hari ini meskipun telah diperkenalkan sejak lebih sedekad lalu. Bagi meneruskan perjuangan seni dan legasi Allahyarham Mamat Khalid, anak keempatnya iaitu Amen Khalid menggalas tanggungjawab dengan mengarahkan hasil karya terakhir ayahnya, iaitu Kampong Pisang Berbuah Dua Kali.

Saksikan Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, sentuhan terakhir seniman terulung Mamat Khalid disempurnakan oleh Amen Khalid di Astro First bermula 3 Mac 2022. Filem komedi seram ini mengekalkan tunggak utama dalam meneraju watak sebagai penduduk Kampong Pisang, seperti Kazar Saisi, Bell Ngasri, Aziz M Osman, Mat London, Dewa Sapri dan ramai lagi.

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali

Genre: Komedi, Seram
Tarikh Tayangan: 3 Mac 2022
Rangkaian: Astro First saluran 480
Skrip: Mamat Khalid
Pengarah: Amen Khalid
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd
Syarikat Penerbitan: Enjit-Enjit Semut Sdn Bhd

Watak Pelakon
Kazar Saisi sebagai Pak Din 
Bell Ngasri sebagai Barkoba 
Aziz M Osman sebagai Pak Jabit 
Mat London sebagai Pak Karim 
Dewa Sapri sebagai Cik Purnama 
Azman Mantra sebagai Cik Gerhana 
Datin Paduka Eina Azman sebagai Cik Mek 
Anis Nisham sebagai Yati 
Ahmad Yassin sebagai Yassin 
Wong Wei Tian sebagai Teck Zee 
Rasydan Zakaria sebagai Adan 
Nizam Mok Ram sebagai MA Mok 
Hafiz Aziz sebagai Mirlun 
Joey Daud sebagai Daud M 
Yeop Hitler sebagai Manap Sengau 
Rashid Othman sebagai Faguha Jabar 
Dollah Cantik sebagai Yaakob Kangkong

Sinopsis Kampong Pisang Berbuah Dua Kali

Kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung. Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18 dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka.