Pok Ya Cong Codei Memburu Siti

Pok Ya Cong Codei Memburu Siti

Drama bersiri Pok Ya Cong Codei : Memburu Siti akan mula disiarkan pada 21 Mac 2022 di Astro Ria. Drama karya Sabri Yunus ini turut melibatkan pelakon hebat tanah air iaitu Wan Hanafi Su, Eman Manan, Farid Kamil, Angeline Tan dan ramai lagi.

Pok Ya Cong Codei : Memburu Siti

Episod: 16
Tarikh Tayangan: 21 Mac 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro Go
Skrip: Sabri Yunus
Pengarah: Sabri Yunus
Produksi: Porcupine Sdn Bhd, Heritage Movies Sdn Bhd
Pelakon: Wan Hanafi Su, Sabri Yunus, Eman Manan, Farid Kamil, Angeline Tan, Saidi Sabri, Issey Fazlisham, Azizul Ammar, Shazia Rozaini, Asrulfaizal Kamaruzaman, Zee Khan Hussein

Watak Pelakon 
Sabri Yunus sebagai Pok Ya
Wan Hanafi Su sebagai Mamat Kertuk
Eman Manan sebagai Muda Primula
Issey Fazlisham sebagai Rosit
Asrulfaizal Kamaruzaman sebagai Jering
Farid Kamil sebagai JJ
Shazia Rozaini sebagai Sara
Azizul Ammar sebagai Mada
Zee Khan Hussein sebagai Siti
Saidi Sabri sebagai Halim
Angeline Tan sebagai Mrs Liew 

Sinopsis Pok Ya Cong Codei Memburu Siti

Selepas Siti menghilangkan diri, Pok Ya tidak pernah berusaha mencarinya sehingga Pok Ya mengetahui bahawa Siti sedang mengandungkan anaknya. Pemburuan Siti semakin memuncak apabila Pok Ya mendapat tahu Siti tidak meninggalkannya malah Siti telah diculik. Pok Ya ke Kuala Lumpur mencari Siti dan berharap Siti hamil anak lelaki yang bakal menjadi pewarisnya.