Drama Nurlaila (TV1)

Nurlaila

Drama bersiri Nurlaila disiarkan bermula 16 Februari ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang di TV1. Drama 26 episod arahan Heykal Hanifah, menampilkan gandingan pelakon utama Aedy Ashraf dan Hanna Aqeela .

Nurlaila

Episod: 26
Tarikh Tayangan: 16 Februari 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 6.00 petang
Rangkaian: TV1 slot Widuri
Skrip: Aliff Firdaus & Harta Bakar
Pengarah: Heykal Hanifah, Bullart Othman, Rusdi Ramli
Produksi: Luqsar Kreatif
Pelakon: Hanna Aqeela, Aedy Ashraf, Amyza Aznan, Zamarul Hisyam, Kamarool Hj Yusoff, Rusdi Ramli, Ku Faridah, Neera Azizi, Farahdhiya, Nor Albaniah, Fimie Don, Ruminah Sidek 

Watak Pelakon
Hanna Aqeela sebagai Nurlaila
Aedy Ashraf sebagai Imran

Lagu Tema (OST)
Jika - Yaaqub Mahmood

Sinopsis Nurlaila

Kisah hidup pemuda bernama Imran, anak orang kaya sering bergaduh dengan ayah tirinya, Khalid kerana tidak setuju dengan sikap ayahnya yang selalu mempersiakan ibunya, Aina yang sedang menderita penyakit barah otak.

Imran anak muda yang tidak mahu terikut dengan ayahnya dan mahu membina hidup sendiri sememangnya sentiasa panas bila berhadapan dengan Khalid. Mereka berdua sering bertelagah dan tidak pernah sependapat. Di tengah pergolakan itu akan ada Aina yang seringkali mencuba sedaya upaya untuk menjernihkan hubungan anak beranak itu.

Di luar pengetahuan Aina, Khalid menjalin hubungan sulit dengan Sara, setiausaha di syarikat milik mereka. Ketika Imran memutuskan keluar dari rumah untuk menenangkan diri, dia secara tak sengaja bertemu dengan gadis kampung bernama Nurlaila. Laila sebenarnya sedang melarikan diri daripada konco bapa ayam, Pak Tono yang ingin menjualnya sebagai pelacur.

Imran menyelamatkan Laila dan memberinya tempat menumpang teduh. Laila rasa terhutang budi terhadap lelaki itu. Hubungan mereka mulai rapat namun Laila sedar akan kedudukannya.

Satu hari Imran diberikan tawaran oleh Aina bahawa segala harta miliknya akan diberikan kepada Imran sekiranya anaknya itu berkahwin. Dia terfikirkan Laila dan mahu menawarkan sejumlah wang yang berguna untuk Laila melunaskan hutang keluarganya dengan Pak Tono.

Sementara itu Khalid mula tidak senang duduk mula merancang banyak muslihat dalam fikirannya semata-mata mahu menjatuhkan Imran. Dia tidak mahu Imran hidup bahagia sampai bila-bila.

Kehadiran Laila juga berjaya menyatukan Aina dengan ibunya, Nek Kiah yang lama terpisah. Aina cuba menyembunyikan penyakitnya kerana tidak mahu nenek Imran itu sedih dan terpaksa pula menjaganya.

Namun di sebalik semua itu rupa-rupanya tersembunyi satu hakikat. Apakah sebenarnya yang disembunyikan Aina daripada pengetahuan semua orang? Bagaimana pula kesudahan kisah cinta Imran dan Laila?