Villa Kristal (WeTV)

Villa Kristal

Siri WeTV Originals, Villa Kristal akan disiarkan secara percuma dan ekslusif di wetv.vip dan aplikasi WeTV mulai 4 Mac 2022. Siri drama komedi 12 episod yang diarah oleh Kabir Bhatia dan Jason Chong, dan dibintangi oleh Mimi Lana, Tiz Zaqyah, Mawar Rashid, dan Jasmine Suraya.

WeTV adalah perkhidmatan penstriman yang menyediakan kandungan tempatan video-on-demand (VOD) dan over-the-top (OTT) utama di Asia Tenggara. WeTV dapat dilayari melalui pelantar wetv.vip, atau menerusi aplikasi yang tersedia di Apple Store untuk pengguna iOS dan Google Play Store untuk pengguna Android.

Villa Kristal

Episod: 12
Tarikh Tayangan: 4 Mac 2022
Rangkaian: WeTV
Penulis Skrip: Nor Hazlin Nor Salam, Hadi M. Nor, Honey Ahmad, Maizura Ederis, Zuli Ismail, Faten Syamimie, Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah: Kabir Bhatia, Jason Chong
Produksi: Revolution Media Films

Barisan Pelakon
Mimi Lana sebagai Hani
Jasmine Suraya sebagai Angel
Mawar Rashid sebagai Rose
Tiz Zaqyah sebagai Diana
Tony Eusoff sebagai Idris
Alvin Wong sebagai Robin
Nazrief Nazri sebagai Ustaz Adib
Fadlan Hazim sebagai Detektif Isa
Sherry Ibrahim sebagai Nur Sakinah
Maria Farida sebagai Shahila
Daniella Sya sebagai Alia
Aisar Khaled sebagai Ben
Yvonnez Lee sebagai Jessica
Shekeen Waida sebagai Fauziah
Liza Semion sebagai Datin Maimun
Daler Yusof sebagai Ethan
Boba sebagai Kuch/Matahari

Sinopsis Villa Kristal

Memaparkan kisah kehidupan Hani (Mimi Lana), yang menyamar sebagai menantu seorang ahli politik untuk mencungkil rahsia, drama dan masalah rumah tangga madu-madu dan kekasih-kekasih rahsia VIP terkenal yang mendiami “Villa Kristal”

Kondominium eksklusif “Villa Kristal” didiami oleh golongan elit bersama-sama madu dan kekasih rahsia mereka. 

Demi mencari bahan sensasi untuk novelnya, Hani (Mimi Lana), seorang novelis wannabe yang naif mendapat tahu bahawa isteri muda seorang Ustaz terkenal, Rose (Mawar Rashid), merupakan seorang penghuni di sana.

Hani menyamar sebagai seorang menantu ahli politik dan cuba membongkar segala skandal, drama dan masalah rumahtangga Rose dan rakan-rakannya, Angel (Jasmine Suraya Chin) dan Diana (Tiz Zaqyah). 

Melangkah ke dalam dunia “Wanita Nombor Dua”, Hani terjerumus ke dalam sebuah penyiasatan pembunuhan seorang jutawan hartanah, Idris, (Tony Eusoff) yang telah merubah kehidupannya bersama wanita-wanita lain di Villa Kristal.

Watak

HANI Seorang blogger yang bercita-cita untuk menjadi penulis novel, beliau berpindah ke Villa Kristal dengan hanya komputer ribanya. Beliau berjaya menyusup masuk ke dalam kehidupan golongan elit yang mendiami Villa Kristal namun akhirnya terjerumus ke dalam sebuah penyiasatan pembunuhan. 

DIANA Di sebalik kejayaannya sebagai seorang usahawan berjaya, beliau sebenarnya dibelenggu kesepian. Kekasihnya, Idris, adalah seorang ahli perniagaan yang sudah berumah tangga. Hubungan mereka kekal bahagia, sehinggalah tragedi melanda.

ROSE Seorang bekas pelakon kanak-kanak, dan kini influencer di media sosial yang semakin menurun popularitinya, beliau juga adalah isteri kedua kepada seorang Ustaz terkenal. Tumpuannya kini adalah untuk menjadi seorang isteri solehah dengan harapan untuk memenangi semula pengikutnya di media sosial.

ANGEL Seorang guru yoga, bekas pramugari, dan pemain cosplay, Angel adalah kekasih kepada Robin dan kerap memberi nasihat tentang cara menggoda lelaki kepada wanita-wanita di Villa Kristal. Beliau mencuba sedaya upaya untuk memberi zuriat kepada Robin setelah Robin menyatakan hasratnya untuk menjadi seorang bapa. 

IDRIS Seorang pemaju hartanah yang kacak, kaya dan kaki perempuan. Walaupun sudah berkahwin, beliau berhasrat untuk menjadikan Diana isteri keduanya. 

ROBIN Kekasih Angel dan rakan perniagaan Idris. Beliau terpalit dalam sebuah skandal besar yang berpotensi merosakkan kerjaya dan reputasinya.

USTAZ Integriti agama dan gaya hidupnya telah menarik perhatian Rose yang kini menjadi isteri keduanya. Seorang yang periang dan baik hati, perwatakannya berubah apabila beliau terjerat di dalam kes jenayah di Villa Kristal.

DETEKTIF ISA Seorang inspektor yang tampan telah ditugaskan untuk menyiasat kejadian di Villa Kristal. Dalam menjalankan tugasnya di sana, tanpa sedar, beliau telah bertemu dengan seseorang yang berjaya membuka hatinya.

BEN Seorang graduan universiti yang memasang angan-angan tinggi untuk menjadi pelakon terkenal di layar perak. Beliau diupah oleh Hani untuk berlakon sebagai suaminya.