Cincin Pusaka (TV9)

Cincin Pusaka

Saksikan telefilem 'Cincin Pusaka' lakonan Noki K-Clique dan Elisya Sandha pada Selasa ini jam 9:30 malam di TV9.  

Cincin Pusaka

Waktu Siaran: Selasa, 14 Disember 2021, 9:30 malam
Rangkaian: TV9 slot Kuasa 3 malam
Penulis Skrip: Zyza Backy
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production
Pelakon: Noki K-Clique, Elisya Sandha, Ziana Zain, Jasmin Hamid, Salamiah Hassan, Syarafi Sudarmaji, Ariel Izz, Hisham Zainal

Sinopsis Cincin Pusaka

Alina dan Sofian adalah dua beradik yang saling cemburu, berlumba mengalahkan satu sama lain sejak kecil. Setelah kematian nenek, mereka berebut untuk memiliki cincin pusaka nenek yang kononnya mempunyai magis tertentu. Tetapi pelbagai halangan terjadi untuk mereka mewarisinya. Mampukah mereka menghadapi segala rintangan demi sebentuk cincin pusaka?