Warung Wak 3

Warung Wak 3

Program hiburan terbitan Awesome TV, Warung Wak kembali untuk musim ketiga menemui penonton di slot Ohsem-tainment bermula 11 November 2021 setiap hari Khamis, jam 11.00 malam di Awesome TV di saluran 123, Astro dan 112, MyTV.

Warung Wak 3 sebuah program sitkom, bual bicara santai antara hos dan artis jemputan. Mengekalkan konsep yang sama pada musim lalu iaitu warung, musim ini Warung Wak sudah dinaik taraf  kerana perniagaan Wak bertambah maju. 

Program ini dihoskan oleh pelawak terkenal Ropie Cecupak sebagai Wak Zaman pemilik Warung Wak. Brian atau nama sebenarnya Iskandar Norzaman pula menjadi pembantu beliau di Warung Wak. Bukan itu sahaja, kehadiran tukang masak yang baharu juga akan menceriakan lagi suasana warung tersebut.

Kebanyakan artis yang singgah di Warung Wak adalah pasangan suami isteri, adik beradik dan juga rakan artis. Wak Zaman, dibantu seorang tukang masak iaitu Shuk Sahar akan berkongsi resepi-resepi mudah dan juga menemu ramah artis jemputan tentang isu-isu dan topik yang menarik mengenai mereka.