Muruku Ikan Masin (TV2)

Muruku Ikan Masin

Saksikan telefilem 'Muruku Ikan Masin' lakonan Shafie Naswip, Sangeeta daan Mimi Ernidapada, Isnin, 30 Ogos 2021 pukul 9.00 malam di TV2.

JUDUL : MURUKU IKAN MASIN
WAKTU SIARAN : Isnin, 30 Ogos 2021, 9:00 malam  
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENGARAH : Hashim Rejab
PRODUKSI : Sixty2 Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shafie Naswip, Sangeeta Krishnasamy, Mimi Ernida, Alif Hadi, Liza Abdullah, Santesh, Darren Lee, Roslan Saleh

SINOPSIS MURUKU IKAN MASIN
Sarip seorang pengusaha perniagaan ikan masin sering dipandang rendah oleh adiknya, Khairul. Walaupun sentiasa bergelumang dengan ikan masin, Sarip tetap diminati oleh Milah kerana sifatnya yang rajin. Milah sering bertemu ibu Sarip, Mak Munah untuk mengambil hatinya. Namun Sarip tidak mengendahkan Milah. Suatu hari, seorang gadis India datang membeli ikan masin di kedai Sarip. Saat pertama kali terpandang gadis tersebut, tulang rusuknya bergetar! Kerana gadis tersebut mempunyai ciri-ciri gadis idamannya.