Sinopsis Mencari Rahmat

Mencari Rahmat

Filem Mencari Rahmat ditayangkan di MUBI secara eksklusif mulai 31 Ogos 2021. Filem arahan Al Jafree Md Yusop ini merupakan adaptasi daripada karya Oscar Wilde yang berjudul The Importance of Being Earnest. Bersempena dengan Hari Merdeka, MUBI memberikan promosi langganan masa terhad hanya RM3 selama 3 bulan untuk pelanggan baharu. Promosi berakhir pada 16 September 2021. Untuk maklumat lanjut, layari www.mubi.com

JUDUL : MENCARI RAHMAT
TARIKH TAYANGAN : 31 Ogos 2021
PENULIS SKRIP : Al Jafree Md Yusop
PENGARAH : Al Jafree Md Yusop
PRODUKSI : AB Roll Sdn Bhd

WATAK PELAKON 
Nam Ron sebagai Razak 
Amerul Affendi sebagai Azman 
Nadia Aqilah sebagai Rose 
Sharifah Amani sebagai Datin Azizah 
Fauziah Nawi sebagai Normah 
Eric Fuzi sebagai Reza 
Azman Hassan sebagai Mokhtar 
Anuar John Paharudin sebagai Uncle Pekin 
Tun Zarul Azri sebagai Butler Glam Rock

SINOPSIS MENCARI RAHMAT
Mengisahkan tentang dua sahabat bujang, Razak dan Azman, yang menjalani kehidupan dengan dua identiti berbeza demi mendapatkan perhatian daripada Roselina dan Ratna. Namun mereka harus mendepani tipu muslihat mereka serta amarah Datin Azizah yang digeruni.

Razak merupakan seorang anak yatim piatu yang kini begelar seorang ahli perniagaan berjaya di Pulau Pinang. Selepas ibu bapa angkatnya meninggal dalam satu kemalangan, dia mewarisi segala-galanya, termasuk menjadi penjaga kepada cucu mereka berusia 19 tahun bernama Ratna, yang juga yatim piatu. 

Bagaimanapun, Razak yang merupakan seorang kaki parti dan suka berfoya-foya mahu menunjukkan contoh baik kepada Ratna. Sementara itu, Azman seorang lagi yatim piatu yang dibesarkan oleh makciknya, Datin Azizah. Datin Azizah mempunyai anak perempuan bernama Rose yang juga kekasih Razak. Kehidupan mereka kemudian bertembung sebagaimana rahsia mereka terdedah.