Malaysian Ghost Stories

Malaysian Ghost Stories

Saksikan drama 'Malaysian Ghost Stories' himpunan kisah seram berkaitan alam mistik legenda yang sering diceritakan secara turun temurun dalam pelbagai versi oleh masyarakat di Malaysia. Sebanyak 18 buah cerita hantu yang berlainan akan dibawakan pada setiap episod mula ditayangkan pada 25 Ogos 2021, setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam di Astro Ria. Juga boleh strim di menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.

JUDUL : MALAYSIAN GHOST STORIES
EPISOD : 18
TARIKH TAYANGAN : 25 Ogos 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 11:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria
IDEA ASAL: Syawal Azrai 
PENULIS SKRIP : Srikandi Emma, Aloy Paradoks, Epy Kodiang, Amar Amir
PENGARAH : Azhari Zain, Izuan Mokhtar, Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures
PELAKON : Janna Nick, Zahiril Adzim, Meerqeen, Bella Astillah, Chubb-E, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Ellie Suriaty, Adam Shahz, Anna Jobling, Keith Foo, Kazar Saisi, Amerul Affendi, Ara Johari, Hasnul Rahmat, Jasper Supayah, Azman Ahmad, Hanna Aqeela, Azar Azmi, Fimie Don, Nabil Aqil, Balkisyh Semundur Khan, Erry Putra, Hamdan Senario, Sabrina Ali, Eric Fuzi, Fadhli Masoot

SINOPSIS MALAYSIAN GHOST STORIES

Episod 01 - Nenek Hostel
Pelakon: Ruminah Sidek, Chubb-E, Fadhli Masoot, Fariz Isqandar, Azman Ahmad
Sinopsis: Sebuah asrama diganggu jelmaan nenek yang muncul sebaik lampu di matikan dan mula mengira penghuni yang belum tidur. Gangguan berlarutan hingga hampir meragut nyawa mereka. Mereka harus menyelesaikan gangguan mistik tersebut.

Episod 02 - Jin Pemusnah
Pelakon: Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Tuan Asmawi, Hamidah Wahab
Sinopsis: Rumah tangga Johan dan Munirah semakin panas. Anaknya pula sering menangis dan Munirah keguguran. Hal ini berkaitan dengan sikap Johan yang sering pulang lewat senja.

Episod 03 - Hantu Kum Kum
Sinopsis: Seorang wanita memilih jalan sesat demi kecantikan. Wajahnya menjadi hodoh setelah dia melanggar pantang larang yang dikenakan. Dia perlu menghisap darah 40 gadis sunti sebagai bayaran.

Episod 04 - Nenek Kebayan
Sinopsis: Azri bertemu Laila di kawasan air terjun dan terpikat dengan kecantikkannya. Mereka jatuh cinta, sehinggakan Azri mengikuti Laila tanpa menyedari mainan ilusi nenek kebayan yang sebenarnya sedang menyamar.

Episod 05 - Nu Gui
Pelakon: Keith Foo, Daniella Sya, Jesse Lim, Derrick Yifan, Ammar Bahri 
Sinopsis: Alice telah dirogol dan dibunuh dengan kejam. Tunangnya, Andy tidak dapat menerima kenyataan dan menyeru roh Alice. Kini roh Alice yang tak tenteram memakai baju merah mula memburu perogolnya.

Episod 06 - Hantu Raya
Pelakon: Kazar Saisi, Sabrina Ali, Eric Fuzi, Tuan Asmawi
Sinopsis: Pak Karim membela hantu raya untuk menjaga tanahnya. Suatu hari pak karim keluar menjerat ayam hutan namun hantu rayanya telah menyamar dan bersama dengan isterinya.

Episod 07 - Rumah Sewa RM100
Pelakon: Zizi Zulkifli, Meerqeen, Fimie Don, Nabil Aqil, Ariel Fesol, Hamdan Senario

Episod 08 - Pocong
Pelakon: Janna Nick, Nesa Idrus
Sinopsis: Farah yang depresi setelah putus tunang bercuti di sebuah hotel untuk menenangkan diri. Namun kehadiran pocong yang menemaninya merosakan segalanya.

Episod 09 - Langsuir
Pelakon: Hanna Aqeela, Fezrul Khan, Razman Mahayuddin
Sinopsis: Mira yang mati dibunuh dengan kejam kembali memburu pembunuhnya. Dia merasa sedih kerana berpisah dengan suaminya dan tidak menyedari siapa dalang disebalik pembunuhannya itu.

Episod 10 - Hantu Takde Kepala (Hantu Janet)
Pelakon: Hasnul Rahmat, Erry Putra
Sinopis: Janet mati di bunuh dengan cara kepalanya diambil sebagai satu ritual penyembahan untuk menguatkan struktur jambatan yang dibina. Hantu tanpa kepala Janet mula berkeliaran di jambatan tersebut.

Episod 11 - Hantu Jepun
Pelakon: Fezrul Khan, Izzy Reef, Armand Ezra, Syamim Razi, Aliff Idham, Zaki Yamani
Sinopis: Sekumpulan remaja yang berkumpul untuk aktiviti tambahan sekolah mereka telah diganggu dengan kemunculan askar Jepun apabila salah seorang dari mereka melanggar pantang larang tempat tersebut.

Episod 12 - Penunggu Rumah Banglo
Pelakon: Hasnul Rahmat, Aleza Shadan, Natasha Elyzza, Tuan Asmawi, Hamdan  Senario
Sinopis: Siti mendapat tawaran kerja sementra di sebuah rumah banglow dengan gaji yang mewah. Namun tanpa disedari penghuni rumah Siti bekerja itu telah lama mati dibunuh.

Episod 13 - Balan-Balan
Pelakon: Bella Astillah, Zahiril Adzim
Sinopis: Amri mengikuti kekasihnya Maria untuk pulak ke kampungnya di Sabah. Suatu malam beliau telah melihat makhluk berupa kepala terbang di hadapannya untuk mencari mangsa.

Episod 14 - Hantu Air
Pelakon: Amerul Affendi, Balkisyh Semundur Khan, Fadhli Masoot, Tuan Asmawi
Sinopis: Zaini dan rakannya telah menjumpai ancak yang dihayutkan untuk membuang saka sewaktu memancing. Tanpa di duga Zaini diam-diam telah mengambil sesuatu dari dari barang tersebut.

Episod 15 - Ulek Mayang
Pelakon: Ara Johari, Didi Astillah, Neera Azizi, Zalif Sidek
Sinopis: Sekumpulan sahabat yang perlu menghadapi situasi getir bersama-sama apabila perlu berdepan dengan semangat "Ulek Mayang" yang muncul dan membawa petaka kepada mereka.

Episod 16 -  Hantu Orang Asli
Pelakon: Nazim Othman, Jaja Iliyes, Kazar, Arie Zaharie

Episod 17 - Nishi Dak
Pelakon : Jasper Supayah, Apit Wan Lebo, Jaegan
Sinopis: Sebagai pengurus baru Gopal telah berpindah ke sebuah estet di kawasan pendalaman bersama keluarganya. Tanpa disangka anaknya telah hilang diambil Nishi Dak, roh jahat yang tidak tenteram.

Episod 18 - Misteri Topeng Barongan
Pelakon : Fizz Fairuz, Saiful Wazien
Sinopis: Sufian merupakan seorang pengumpul barangan antik dan juga influencer di media sosial yang sering berkongsi maklumat barang-barang antik yang dimiliknya. Sahabatnya Joey, beri tahu tentang Melissa yang mahu menjual 'Topeng Barongan' milik koleksi peribadi arwah Ayahnya di IG. Selepas dia memiliki Topeng Barongan itu, pelbagai kejadian aneh berlaku seperti topeng itu yang selalu beralih kedudukannya dengan bergerak sendiri.

Episod 19 - Hantu Public Phone
Pelakon : Janna Nick, Khatijah Tan, Balkisyh Semundur Khan
Sinopis: Zana telah mengangkat deringan telefon di sebuah pondok telefon yang aneh. Sejak itu pelbagai gangguan muncul dan menghantui hidupnya dan merungkai sebuah rahsia yang tersimpan.

Episod 20 - Sumpahan Abu Mayat
Pelakon : Nina Kho Siew Ching, Kahoe Hon, Angeline Tan
Sinopis: Susan & Gary merupakan pasangan yang ceria dan bahagia. Namun suatu hari Susan ditemui mati tergantung di hadapan rumah bersama sepucuk nota bunuh diri.

Episod 21 - Penunggu Pohon Beringin
Pelakon : Johanarrif Arrif, Jaja Iliyes, Nadia Brian, Tuan Asmawi
Sinopis: Sumpahan Seroja yang difitnah dan dihukum mati di Pohon Beringin membawa malapetaka kepada seluruh kampung. Sejak kejadian itu pohon beringin itu menjadi tempat menghantar ancak untuk menjamu penunggu itu.

Episod 22 - Jenglot
Pelakon: Julia Farhana, Fimie Don, Syazlin Zainal, Wahid Senario
Sinopis: Sepasang penuntut yang sedang mengkaji asal usul jenglot tidak menyedari mereka semakin hampir dengan bahaya yang besar. Jenglot yang disangka mitos itu muncul merebut raga yang baru.

Episod 23 - Mohini
Pelakon: Irfan Zaini, KR Karishma, Jayshree, Tuan Asmawi, Norshaida
Sinopis: Mohini jelmaan wanita mati bunuh diri setelah hubungan cintanya tidak kesampaian. Sejak dari itu roh gentayangan itu mencari mangsa sebagai penganti kekasihnya untuk cinta mereka yang tidak kesampaian.

Episod 24 - Pulangkan  Jari Aku
Pelakon: Niezam Zaidi, Razman Mahayuddin, Khatijah Tan
Sinopis: Sadam yang telah meninggal dunia kerana kemalangan kembali pulang ke rumah untuk meminta jarinya yang tidak sempurna. Seluruh kampung dihantui hantu tanpa jari yang mengetuk pintu mereka.

Episod 25 - Misteri Karak Highway
Pelakon: Johan Asaari Arrif, Erry Putra, Aiman Shuffie
Sinopis: Tiga sahabat yang ingin ke Kuala Lumpur memilih untuk melalui jalan Karak lama untuk mengelak kesesakan. Namun ketika melalui jalan tersebut mereka menempuhi pengalaman yang menyeramkan.

Episod 26 - Janin
Pelakon: Nazim Othman, Neera Azizi, Delimawati
Sinopis: Hani & teman lelakinya telah melakukan pengguguran bayi berkali-kali dengan bantuan seorang bidan kampung. Namun kelakuan buruk meraka kali ini membawa padah apabila janin itu tidak ditanam degan betul.

Episod 27 - Kellie's Castle
Pelakon: Usop, Nadia Brian
Sinopis: Seorang pemuda yang nakal mendapat balasan apabila dia terperangkap di dalam Kellie's Castle pada waktu malam. Gangguan demi gangguan sebagai balasan kejahatan yang dia lakukan.

Episod 28 - Bomoh Puaka
Pelakon: Fauzi Nawawi, Nadya Syahera, Dilla Ahmad, Reza Hasbi, Apit Wan Lebo
Sinopis: Hafizullah yang merasa tertipu dengan khidmat seorang bomoh untuk mendapatkan jawatan telah membunuh bomoh itu dengan kejam. Sejak kejadian itu hidupnya sentiasa dihantui jelmaan bomoh tersebut.

Episod 29 - Jembalang Tanah
Pelakon: Fikhree Bakar, Zeera Azizi, Ryzal Jaafar
Sinopis: Ridhwan memutuskan untuk memecahkan sebuah busut besar yang ada di kebunya telah mengundang amukan dari jembalang tanah yang tinggal di situ. Satu-persatu nyawa ahli keluarganya menjadi buruan.

Episod 30 - Hantu Kopek
Pelakon: Delimawati, Reza Hasbi, Nadya Syahera, Wahid Senario
Sinopis: Kehadiran hantu kopek telah menimbulkan kerisauan penduduk kampung apabila anak-anak menjadi sasaran dan hilang disorok hantu tersebut. Kehilangan Fafa memaksa Pak Mad untuk bertindak melawan makhluk itu.

Episod 31 - Boneka Puaka
Pelakon: Mustaqim Bahadon, Husna Mustaffa
Sinopis: Jasmine yang kemurungan setelah kematian anak sulungnya membeli sebuah boneka yang comel. Namun tanpa disedari boneka itu adalah boneka puaka yang diperbuat daripada tuala wanita terpakai.

Episod 32 - Pelesit
Pelakon: Amanda Misbun, Azar Azmi, Razman Mahayuddin, Haeriyanto Hassan, Izzmad Harun, Apit Wan Lebo 
Sinopis: Perniagaan Nora mula terganggu apabila wujud gerai baru bersebelahan gerainya. Semakin hari keadaan semakin teruk sehingga mereka menemukan belalang pelesit yang muncul di gerai mereka.

Episod 33 - Bidan Nek Nah 1
Pelakon: Mak Wan, Didie Alias, Nadia Brian, Zahiril Adzim  
Sinopis: Kila bergegas pulang ke kampung setelah mendapat berita kematian neneknya seorang bidan tersohor. Pelbagai cerita aneh didengari Kila mengenai neneknya dan tanpa dia sedari sesuatu sedang menunggunya.

Episod 34 - Bidan Nek Nah 2
Pelakon: Nadia Brian, Zahiril Adzim, Didie Alias, Mak Wan
Sinopis: Walaupun jasad Bidan Nek Nah telah mati namun ilmunya masih hidup. Kila yang terbelenggu mewarisi ilmu neneknya telah mengamalkan ilmu tersebut secara tidak sengaja.

Episod 35 - Buka Hijab 1
Pelakon: Mawa Rashid, Zul Huzaimy, Faizul Syaharin, Didie Alias, Azlee Khairi, Harris Anuar, Shah Kimin, Hamdan Senario, Saiful Ghaz, Wahid Senario  
Sinopis: Uzair yang cemburu dengan kebolehan sahabatnya Asmawi yang boleh melihat makhluk halus dari kecil ingin melakukan upacara membuka hijab. Mamat membawanya berjumpa seorang dukun untuk mencapai cita-citanya.

Episod 36 - Buka Hijab 2
Pelakon: Mawa Rashid, Zul Huzaimy, Faizul Syaharin, Didie Alias, Azlee Khairi, Harris Anuar, Shah Kimin, Hamdan Senario, Saiful Ghaz, Wahid Senario  
Sinopis: Menyesal dengan perbuatanya itu, Uzair ingin pulang ke kampung nenek angkatnya untuk meminta bantuan. Namun tanpa Uzair sedari Nek Mun sebenarnya telah meninggal dunia.

Episod 37 - Buka Hijab 3
Pelakon: Mawa Rashid, Zul Huzaimy, Faizul Syaharin, Didie Alias, Azlee Khairi, Harris Anuar, Shah Kimin, Hamdan Senario, Saiful Ghaz, Wahid Senario  
Sinopis: Terpaksa menerima keadaan dirinya yang kini boleh meilihat makhluk halus Uzair menggunakan kelebihan itu sebaiknya dengan membantu “makhluk” yang bergentayangan melunaskan urusan mereka.

Episod 38 - Buka Hijab 4
Pelakon: Mawa Rashid, Zul Huzaimy, Faizul Syaharin, Didie Alias, Azlee Khairi, Harris Anuar, Shah Kimin, Hamdan Senario, Saiful Ghaz, Wahid Senario  
Sinopis: Uzair bekerjasama dengan seorang detektif cuba membantu Umaira sorang gadis polos yang disangka membunuh diri namun sebenarnya adalah tumbal pada sebuah upacara peyembahan.