Drama Sitik Tok (TV3)

SiTik Tok

Nantikan drama terbaru 'SiTikTok' akan datang di slot Samarinda TV3. Drama komedi arahan Joon Goh, menampilkan pelakon seperti Scha Elinnea, Nelissa Nizam, Nadia Aqilah, Niezam Zaidi, Acong Sweetchild, Kahoe Hon dan ramai lagi. SiTik Tok menemui penonton mulai 22 Julai, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3. Juga boleh ditonton secara percuma di WeTV selepas satu jam tayangan.

JUDUL : SITIK TOK
EPISOD : 16
TARIKH TAYANGAN : 22 Julai 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Nadia Khan, Dayang Noor, Jarr Nadjmuddean, Mamu Vies
PENGARAH : Joon Goh
PRODUKSI : Wildsnapper TV
PELAKON : Scha Elinnea, Niezam Zaidi, Nadia Aqilah, Nelissa Nizam, Zamaera, Kahoe Hon, Acong Sweetchild, Hafizul Kamal, Tria Aziz, Anuar Haji Abdul Hamid, Dee Alhadi, Syazlin Zainal, Aznie Azmi, Tony Eusoff, Mia Sabrina Mahadir

WATAK PELAKON
Scha Elinnea sebagai Siti
Niezam Zaidi sebagai Shon
Nadia Aqilah sebagai Rona
Nelissa Nizam sebagai Jaja 
Zamaera sebagai Maru
Kahoe Hon sebagai Xander
Acong Sweetchild sebagai Chuchox
Anuar Haji Abdul Hamid 
Dee Alhadi sebagai Mimi
Syazlin Zainal sebagai Teena
Aznie Azmi sebagai Luna
Tony Eusoff sebagai Dato Mutalib
Mia Sabrina Mahadir sebagai Nana

SINOPSIS SITIK TOK
Mengisahkan tentang seorang gadis kampung, Siti yang sering berkongsikan video-video menarik di setiap pelusuk kampung. Apa saja aktiviti orang kampung akan dijadikan bahan karya Siti dalam video TikTok. Keluarga tunangnya mula rasa malu dengan obsesinya dan mendesak Harun untuk memutuskan hubungan dengan Siti. 

Siti tidak rasa patah hati selepas kejadian itu. Malahan, Siti nekad untuk mencari peluang di Kuala Lumpur. Siti memujuk dan merayu ibunya supaya bersetuju dengan permintaannya. Akhirnya, dia dilepaskan dengan syarat dia perlu tinggal bersama sepupunya, Jaja. 

Siti sangat teruja dengan kehidupan baharunya di Kuala Lumpur tetapi dia tidak sedar bahawa Jaja tidak menyukai kedatangannya. Jaja menjalankan bisnes atas talian dengan peralatan lengkap dan bilik khas untuk merakamkan video dan menyimpan stok. Teman serumah mereka iaitu, Maru pula seorang gadis yang ceria dan mempunyai bisnes ‘food truck’. 

Siti didampingi oleh Chuchox, seorang artis rock kapak yang menawarkan peluang untuk bekerjasama kerana tertarik dengan kepopulariti Siti. Malahan, pasukan Jaja juga mencari Siti untuk membuat review produk tanpa pengetahuan Jaja. Hanya berpandukan minat, Siti mula mengenali dunia media sosial yang sebenar. Siapakah gerangan Miss Rona yang menjadi pujaan dan ikutan dalam kalangan influencers? Apakah keseraian yang bakal tercipta antara Siti dengan Shon, seorang jurufoto yang anti media sosial?

Sitik Tok
SitikTokSitik Tok 2Sitik TokPelakon Sitik Tok