Saksikan telefilem 'Dolla' mengangkat kisah hidup anggota kumpulan Dolla akan ditayangkan pada 22 Mei 2021 (Sabtu) jam 9 malam di Astro Citra.
JUDUL : DOLLA WATCH ME GLOW
WAKTU SIARAN : Sabtu, 22 Mei 2021, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra
PENULIS SKRIP : Marr Mohamad
PENGARAH : Izuan Mokhtar
PELAKON : Sabronzo, Angel, Syasya, Tabby, Azwan Ali, Fauziah Nawi, Catriona Ross, Aida Aris, Angeline Tan, Douglas Lim, Mat Over, Aniq Suhair
SINOPSIS DOLLA
Mengisahkan Sabrina, gadis yang sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perniagaan di Los Angeles, California. Juga Tabby, seorang anak tunggal yang dikongkong keluarga.
Manakala Shasha pula yang sekian lama dibenci ibunya sendiri dan Angel, gadis yang sentiasa ingin keluar dari zon selesa hidupnya.
Sabrina, Tabby, Angel dan Shasha ingin menggapai cita cita dan minat mereka dalam bidang muzik. Mereka berempat menjalani uji bakat bersama syarikat rakaman tersohor, Universal Muzik secara solo.
Bagaimanapun, penyelasar A&R syarikat berkenaan, Kelly lakonan Azwan Ali membuat keputusan untuk menyatukan mereka sebagai sebuah kumpulan. Sabronzo yang sejak dari kecil bercita-cita hendak menjadi rappers mula tidak berpuas hati dan bermula pelbagai peristiwa bagi membentuk sebuah kumpulan.