Drama The Hotel (Astro Ria)

The Hotel

Nantikan drama bersiri 'The Hotel' menampilkan gandingan Mira Filzah, MK K-Clique dan Sean Lee. Drama terbitan Juita Viden, diarahkan oleh Helmi Yusof dan idea asal daripada Michael Ang. Bakal menemui penonton di slot MegaDrama Astro Ria mulai 15 September ini, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

JUDUL : THE HOTEL
EPISOD : 24
TARIKH TAYANGAN : 15 September 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Nadia Khan, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan, Michelle Yoon
IDEA ASAL : Michael Ang
PENGARAH : Helmi Yusof
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee, Natasha Elyzza, Azhar Amir, Farah Ahmad, Nabil Aqil, Asha Merican, Yasmin Hani, Eina Azman, Daler Yusuf, Alif Hadi, Ku Faridah, Amir Nafis

WATAK PELAKON
MK K-Clique sebagai Sean 
Mira Filzah sebagai Raisa
Sean Lee sebagai Umar 
Natasha Elyzza sebagai Umaira
Farah Ahmad sebagai Sharifah Hanisa
Eina Azman sebagai Julia
Yasmin Hani sebagai Maya 
Daler Yusuf sebagai Razul Ilyas
Nabil Aqil sebagai Arman
Azhar Amir, sebagai Syed Jamaluddin
Asha Merican sebagai Marsha
Ku Faridah sebagai Miss Ros
Alif Hadi sebagai Tengku Arif
Amir Nafis sebagai Tengku Adam

LAGU TEMA (OST)
K-Clique - Sebelum

SINOPSIS THE HOTEL
Mengisahkan tentang Raisa seorang gadis yang tinggal bersama ibunya, Maya yang memiliki salah sebuah empayar perniagaan terbesar di negara ini.

Hidup dalam kemewahan, Raisa sebenarnya mempunyai sifat psikopat di mana dia sukar memahami emosi dan segala tindak-tanduknya berdasarkan kehendak semata-mata sehingga dia mampu untuk membunuh. Sean muncul sebagai penghuni baru di hotel mewah di kediaman Raisa.

Walaupun seusia dengan Raisa, Sean mengakui yang dirinya pakar bedah dan ini amat dicurigai oleh Raisa. Cerita Sean sentiasa berubah-ubah. Sean, si pembohong patologi, jatuh cinta dengan Raisa dan harus memutuskan dia setia kepada Raisa atau menyerahkannya sebelum dia bunuh lebih banyak orang yang tidak bersalah.

Apakah pengakhiran kisah cinta pembunuh psikopat, Raisa dan pembohong patologi, Sean? Adakah hubungan tersebut mampu bertahan walaupun salah seorang daripada mereka terlibat dengan kes pembunuhan?


The Hotel Mira Filzah dan MK K-CliquePelakon The HotelDrama The Hotel AstroThe Hotel Astro Ria