Drama Makcik Bawang (TV1)

Mak Cik Bawang

Saksikan drama 'Makcik Bawang' disiarkan mulai 12 April setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.30 tengah hari di slot Sitrus TV1.

JUDUL : MAKCIK BAWANG
TARIKH TAYANGAN : 12 April 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 1.30 tengah hari
SIARAN TV : Slot Sitrus TV1 (RTM)
PENGARAH : Hafiz Roslan
PRODUKSI : LC Film Sdn Bhd
PELAKON : Nad Zainal, Rashidi Ishak, Izuan Fitri, Fateha Khai, Fahmie Mikail, Noralbaniah, Angeline Tan, Marisa Yasmin, Zarynn Min, Nazeera Sardi, Namron, Catriona Brian Ross

SINOPSIS MAK CIK BAWANG
Kisah Isha dan Azri yang punya tiga orang anak yang baru berpindah ke tempat baharu, jadi segala-galanya adalah baharu bagi mereka. Rumah, kerja, sekolah dan macam-macam lagi. Apa yang menariknya tentang kisah keluarga ini?

Isha mulakan perniagaan bahan tumisan beliau secara kecil-kecilan dengan berikan sampel produk beliau kepada para suri rumah kejiranan beliau. Bagi memasarkan produk secara besar-besaran, Isha menyertai sebuah kursus asas pemasaran produk dan seterusnya menggunakan ilmu yang dipelajari berserta bantuan Nabila.

Rutin harian Isha yang penuh kesibukan dalam memenuhi permintaan tempahan pelanggan produk bahan tumisan beliau. Namun begitu, Isha tidak sekali mengabaikan tanggungjawab beliau sebagai isteri dan juga ibu kepada tiga orang anaknya. Melihat kesungguhan Isha, majikan Azri, Hj. Azman sudi menghulurkan bantuan kepada Isha bagi mengembangkan lagi perniagaan beliau.


Mak Cik Bawang tv1drama Mak Cik Bawang