Delen (Astro Citra)

Delen astro

Saksikan telefilem 'Delen' arahan pertama Janna Nick akan ditayangkan pada Sabtu, 13 Februari 2021 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD.

JUDUL : DELEN
WAKTU SIARAN : Sabtu, 13 Februari 2021, 9:00 malam  
SIARAN TV : Astro Citra & Citra HD
PENULIS SKRIP : Farhana Fauri
IDEA ASAL : Janna Nick
PENGARAH : Janna Nick
PRODUKSI : JN Studio & Entertainment Sdn Bhd
PELAKON : Sean Lee, Janna Nick, Dini Schatzmann, Norreen Iman, Sherry Alhadad, Mark Adam, Joey Daud, Annie Mosha, Kissya Nick, 

SINOPSIS DELEN
Mengisahkan Delen seorang remaja yang mencuba sedaya upayanya  untuk memikat hati Emily.  Namun kehadiran pelakar baru, Robert yang berperwatakan menarik serta kacak telah menjadi penghalang usaha Delen itu.

Atas bantuan kak Jenny (Sherry) selaku penasihat cinta Delen mula bersaing dengan Robert untuk menjadi lelaki yang terbaik untuk Emily.

Walaupun Robert memiliki rupa paras yang sangat kacak dan menjadi kegilaan ramai gadis di situ Robert tetap merasakan Delen sebagai pencabarnya.

Terjadilah pelbagai peristiwa dan pertandingan untuk membuktikan siapakah lelaki paling layak untuk memiliki Emily.