Drama Madam E-Wallet (TV3)

Madam E-Wallet

Nantikan drama bersiri 'Madam E-Wallet' untuk siaran TV3. Dibintangi oleh Ziana Zain, Ning Baizura, Zul Huzaimy dan ramai lagi. Drama terbitan Orangetree Production, diarahkan oleh Kyoll Hamzah. Bersiaran mulai 13 April 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 6.00 petang di TV3.

JUDUL : MADAM E-WALLET
EPISOD : 10
TARIKH TAYANGAN : 13 April 2021
WAKTU SIARAN : Isnin–Khamis, 6.00 petang
SIARAN TV : TV3 (Drama Pukul 6)
PENGARAH : Kyoll Hamzah
PRODUKSI : Orangetree Production Sdn. Bhd
PELAKON : Ziana Zain, Ning Baizura, Zul Huzaimy, Anas Ridzuan, Enot, Kiah Propa, Shiha Zikir, Azzahra Ahmad, Reza Hasbi, Nynaa Harizal, Hasnul Rahmat, Khatijah Tan, Mathni Ab Razak, Zoey Rahman, Daniel Fong, Razak Ahmad

WATAK PELAKON
Ziana Zain sebagai Siti Asmidar
Ning Baizura sebagai Dato Qistina
Anas Ridzuan sebagai Omar
Azzahra Ahmad sebagai Mila
Hasnul Rahmat sebagai Sifu Jebat
Nynaa Harizal sebagai Sabrina
Mathni Ab Razak sebagai Joey
Zoey Rahman sebagai Salman
Daniel Fong sebagai Kim

SINOPSIS MADAM E-WALLET
Selepas memenangi Anugerah Usahawan Terbaik di kampung, Siti Asmidah bukan saja membawa pulang hadiah wang tunai malah dia juga berpeluang untuk menyertai seminar keusahawanan selama 3 hari di Kuala Lumpur. Namun, apabila Siti Asmidah berada di seminar itu, dia diejek sebagai orang kampung yang berangan-angan untuk berjaya dalam perniagaan. Siti Asmidah putus asa dan pulang ke kampung dengan hampa. Orang sekeliling mula berkata-kata tentang Datuk Qistina yang sedang memburukkan dan mempertikaikan kredibiliti Siti Asmidah, malahan Datuk Qistina juga mengatakan beliau yang memenangi anugerah tersebut. Siti Asmidah enggan mengalah dan ingin menebus maruahnya. Dengan bantuan kawan-kawannya, Siti Asmidah mula menerokai aplikasi untuk kemudahan membeli belah dan transaksi mudah tanpa tunai atas talian.

Madam E-Wallet

Madam E-Wallet>

Pelakon Madam E-Wallet