Telefilem Yang Tersembunyi (TV Okey)

Yang Tersembunyi

Saksikan lakonan Que Haidar dan Fauziah Dato’ Ahmad Daud dalam telefilem “'Yang Tersembunyi' pada 19 September ini, pukul 8.00 malam di saluuraan TV Okey.

JUDUL : YANG TERSEMBUNYI
WAKTU SIARAN : Sabtu, 19 September 2020, 8:00 malam
SIARAN TV : TV Okey (Astro 146)
PENULIS SKRIP : Lily Suhana
PENGARAH : Raja Mukhriz
PRODUKSI : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Que Haidar, Fauziah Ahmad Daud, Sherry Merlis, Sharifah Amani, Hisham Ahmad Tajuddin, Riz Amin, Agurl, Raja Mohammad

SINOPSIS YANG TERSEMBUNYI
Mengisahkan tentang kisah seorang suami panas baran yang sering mencederakan isteri serta anak perempuannya. Dalam masa yang sama Zhariff juga secara sembunyi-sembunyi mempunyai perempuan simpanan iaitu Nina.

Satu hari Zhariff dan Nina terlibat dalam kemalangan yang teruk hingga mengakibatkan sel otak Zhariff rosak. Semenjak itu, Zhariff sentiasa teringatkan anak dan isterinya. Sikapnya yang sukar diduga adakalanya menyebabkan orang kampung menganggap Zhariff gila.

Kasih sayang ibu sememangnya tiada penghujungnya. Ibu Zhariff terus menjaga anaknya itu dengan penuh kesabaran. Ibunya tetap mengharap keajaiban kekuasaan Allah supaya Zhariff sembuh dan berubah menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya dan mengutamakan keluarga.

Tercapaikah impian ibunya untuk melihat Zhariff berubah? Bagaimana penerimaan isteri dan anaknya bila mengetahui tentang kejadian yang menimpa Zhariff? Apa pula yang terjadi pada perempuan simpanan Zhariff, Nina?