Drama Bougainvillea (TV3)

Bougainvillea tv3


Nantikan drama bersiri 'Bougainvillea' menampilkan gandingan Beto Kusyairy, Nora Danis dan Intan Ladyana. Drama arahan Ayie Mustafa, terbitan Sha's Media Sdn Bhd. Disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 28 Disember 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam. Drama Bougainvillea juga boleh ditonton ssecara percuma di aplikasi iQIYI dan www.iQ.com

JUDUL : BOUGAINVILLEA
EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : 28 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
IDEA ASALL : Raja Azidah 
PENULIS SKRIP : Lynnda Sharudin
PENGARAH : Ayie Mustafa
PRODUKSI : Sha's Media Sdn Bhd
PELAKON : Beto Kusyairy, Intan Ladyana, Nora Danish, Hanna Aqeela, Wan Nor Azlin, Kirana Batrisyia, Mior Darwish, Ameerul Asyraf, Ziema Din, Jasper Supayah

WWATAK PELAKON
Beto Kusyairy sebagai Adrian
Nora Danish sebagai Mimie 
Intan Ladyana sebagai Aryanna
Hanna Aqeela sebagai Hazira
Ameerul Asyraf sebagai Ali
Jasper Supayah sebagai Ilyana
Ziema Din sebagai Bibah (Mak Ngah)
Kirana Batrisyia sebagai Alisha
Mior Darwish sebagai Azief

LAGU TEMA (OST)
Boneka - Ernie Zakri 

SINOPSIS BOUGAINVILLEA
Kehidupan Aryanna dan Adrian yang bahagia bersama anak-anaknya di sebalik kesibukan Adrian terhadap kerjayanya. Adrian seorang workaholic namun Aryanna sangat memahami kesibukan Adrian biarpun adakala dia terasa hati dengan Adrian. Bibah dan Mimie tinggal di sebuah rumah kampung. Mimie selalu berangan untuk berkahwin dengan lelaki kaya, dan Bibah sentiasa beri sokongan. Mimie sangat mengagumi keuarga Adrian dan Aryanna. Hazira sangat rapat dengan keluarga Adrian dan Aryanna dan dia bebas untuk keluar masuk rumah pasangan itu, dan turut rapat dengan anak-anak mereka.

Perkahwinan bahagia Adrian dan Aryanna diuji ketika Aryanna mengalami kemalangan tragis dan koma. Adrian kemudian mengambil Mimie sebagai jururawat peribadi untuk menjaga Aryanna. Mimie menjaga dan menguruskan keperluan Aryanna dengan baik malah selalu membantu Mak Leha. Sikap Mimie begitu menyenangkan Adrian. Segala-galanya berubah apabila Mimie mula cemburu dan obses pada Adrian dan berangan untuk menjadi Aryanna. Mereka ditangkap khalwat dan perlu berkahwin tetapi Adrian masih mencintai Aryanna. Mimie mencari jalan untuk memisahkan mereka. Suatu hari, Aryanna bangun dari komanya dan berpura-pura hilang ingatan setelah dia mengetahui tingkah laku Mimie yang obsesif.

GAMBAR PELAKON
Bougainvillea tv3
Beto Kusyairy dan Nora Danish
Intan Ladyana, Nora Danish
Pelakon Bougainvillea