,

Drama Perempuan Tanpa Dosa

October 05, 2020

Perempuan Tanpa Dosa

Nantikan drama adaptasi novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad di slot MegaDrama, Astro Ria. Dibintangi oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose daan Uyaina Arshad. Drama terbitan Juita Viden dibawah arahan Michael Ang. Ditayangkan bermula 6 Oktober, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria dan Ria HD. 

JUDUL : PEREMPUAN TANPA DOSA
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 6 Oktober 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENULIS SKRIP : Eenaz Mokhtar, Fazreen Farouuk
PENULIS NOVEL : Fatinilam Sari Ahmad
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Yusof Bahrin, 

WATAK PELAKON
Kamal Adli sebagai Rizal
Uqasha Senrose sebagai Lily
Uyaina Arshad sebagai Usu Sakinah
Yusuf Bahrin sebagai Rahman 
Hilal Azman sebagai Datuk Majid
Shaza Bae sebagai Yaya
Zac Zaky sebagai Eddie
Azza Elite sebagai Kak Shah

SINOPSIS PEREMPUAN TANPA DOSA
Demi maruah, Datuk Majid terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily dengan Rizal dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya. Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya. Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan. Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah. Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu merima pinangan Rahman. Tika ketiadaan Lily, Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya. Berjayakah Rizal?

Kamal Adli dan Uqasha Senrose
Pelakon Perempuan Tanpa Dosa
Pelakon Perempuan Tanpa Dosa

F O L L O W →

You Might Also Like

2 comments

  1. Waiting,Uyaina Arshadᕙ( • ‿ • )ᕗ

    G00D LUCK ..

    ReplyDelete
  2. Sama. Kutunggu kemunculan Uyaina Arshad. Tgk update kat IG Uyaina brought me here 😊

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow