Waiduri di Sebalik Pintu (TV1)

Waiduri di Sebalik Pintu

Saksikan telefilem khas hari pekerja berjudul 'Waiduri di Sebalik Pintu' lakonan Nur Risteena dan Redza Rosli pada Sabtu (2 Mei) pukul 10 malam di TV2.

JUDUL : WAIDURI DI SEBALIK PINTU
WAKTU SIARAN : Sabtu, 2 Mei 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : TV1 (Panggung RTM)
PENULIS SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Din Glamour
PRODUKSI : Wibarisma Sdn Bhd
PELAKON : Nur Risteena, Redza Rosli, Arash Mohd, Laila Nasir, Kuza

SINOPSIS WAIDURI DI SEBALIK PINTU
Kisah Umar yang berkerja di kedai permaidani telah jatuh cinta dengan Waiduri, anak kepada pelanggannya. Namun ada benda menghalang cinta mereka. Berjayakah mereka mempertahankan cinta mereka?

Kisahnya bermula dengan memperkenalkan watak Umar yang bekerja di kedai permaidani milik En. Syed manakala ibunya, Mak Cik Bibah membuka kedai barangan perkahwinan. Ayu, seorang kenalan Umar yang bekerja di kedai berhampiran, sering keluar makan bersama Umar dan menaruh perasaan pada beliau.

Datin Suria menempah permaidani di kedai En. Syed dan Umar terlihat anak Datin iaitu Waiduri yang membuatkannya terpaku dengan kecantikan beliau. Umar gembira apabila sudah beberapa kali bertemu dengan Waiduri atas urusan tempahan permaidani ibunya.

Dato’ Sulaiman, suami kepada Datin Suria terkejut apabila terserempak dengan Mak Cik Bibah yang merupakan kekasihnya yang terpisah sekian lama. Datin Suria bersemuka dengan Mak Cik Bibah dan kemudiannya membatalkan tempahan permaidani dengan En. Syed.

Pelakon Waiduri di Sebalik Pintu