Bila Larut Malam (TV2)

Bila Larut Malam

Saksikan telefilem khas hari pekerja bertajuk 'Bila Larut Malam' pada Jumaat (1 Mei 2020) pukul 9:30 malam di TV2.

JUDUL : BILA LARUT MALAM
WAKTU SIARAN : Jumaat, 1 Mei, 9.30 malam
SIARAN TV : Slot Citra TV2 (RTM)
LAKON LAYAR : Najmie Maziez Mazlan
PENGARAH : Othman Hafsham
PRODUKSI : Cinematics Sdn Bhd
PELAKON : Idris Khan, Afifah Nasir, Harith Haziq, Fadilah Mansor, Zafran, Manis Azman, Wanns Ahmad

SINOPSIS BILA LARUT MALAM
Nordin seorang peronda lebuhraya berdepan dengan trauma apabila isterinya Julia maut dalam kemalangan jalan raya. Anaknya Ryan selamat namun cedera parah dan memerlukan kos rawatan yang mahal. Sejak dari itu, pelbagai bayangan pelik mengenai isterinya muncul di fikiran Nordin. Lebuhraya menjadi satu laluan sukar buat Nordin tetapi memandangkan anaknya yang memerlukan perbelanjaan yang besar, Nordin meneruskan kerjayanya sebagai peronda lebuhraya. Mampukah Nordin terus bertahan demi insan disayanginya?

Bila Larut Malam