Drama The Gadis (TV3)

The Gadis

Nantikan drama bersiri 'The Gadis' arahan Liyana Jasmay untuk slot Lestary TV3. Menampilkan lakonan Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Syafie Naswip dan Hun Haqeem. The Gadis akan disiarkan bermula 10 April 2020, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : THE GADIS
EPISOD : 7 episod
TARIKH TAYANGAN : 10 April 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
CERITA ASAL : Adriana Jasmay
PENULIS SKRIP : Faten Syamimie
PENGARAH : Liyana Jasmay
PRODUKSI : Mermaid Studios Sdn Bhd
PELAKON : Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Syafie Naswip, Hun Haqeem, Zain Hamid, Hamidah Wahab, Puteri Amira, Kamal Bakar, Rosni Othman

WATAK PELAKON 
Yuna Rahim sebagai Lisa
Fatin Afeefa sebagai Nad
Erynne Erynna sebagai Lina
Hun Haqeem sebagai Mika
Syafie Naswip sebagai Shazman
Puteri Amira sebagai Rocky
Hamidah Wahab sebagai Nek Timah
Kamal Bakar sebagai Dato Jefri
Rosni Othman sebagai Ibu Shazman

LAGU TEMA
Si Cantik Aku - Nina Nadira feat Toby

SINOPSIS THE GADIS
Kisah sekumpulan gadis dari kampung yang ingin mengubah hidup masing-masing. Lina dan Lisa tinggal bersama ayah mereka, Nad bersama Nek Timah. Kepulangan Nad ke kampung, menarik perhatian ramai terutama Lisa kerana semakin cantik dan hidupnya kelihatan mewah. Lina bertauh kasih kembali dengan bekas kekasihnya Shazman, tetapi ibu Shazman lebih menyukai Nad kerana merasakan dia sesuai dengan anaknya yang berlulusan tinggi. Nad mengajak Lisa ke KL, jika dia ingin menjadi sepertinya. Adakah Lisa akan mengikuti kata hatinya? Apa yang bakal menanti dia di KL?

Episod 1
Lisa lambat lagi ke sekolah tetapi seperti biasa, kawan baiknya Rocky memberi bantuan. Musuh ketat Lisa di sekolah, Mei Fen menjadi cabaran utama untuk merebut wang tunai biasiswa. Lina di rumah buntu kerana wang tidak cukup untuk membeli keperluan rumah. Perasaan buntunya ditambah dengan perasaan risau apabila mendapat tahu rumah Nek Timah dirompak. Lina menjenguk Nek Timah dan bertembung dengan kekasih lamanya, Shazman. Lisa ditegur Nad, kawan lama Lina dan juga cucu kepada Nek Timah. Lina nampak lusuh dan dia asyik bertanya kepada Nad tentang kehidupannya di KL. Nad kemudian ke rumah mencari Lina, namun Lina tiada. Dia mengajak Lisa keluar makan. Nad menerima panggilan dan mesej dari lelaki bernama Mika.

The Gadis

Pelakon The Gadis
Pelakon drama The Gadis