,

Peninggalan Arwah (TV3)

February 14, 2020

Peninggalan Arwah

Saksikan telefilem 'Peninggalan Arwah' arahan Along Kamaludin pada Sabtu ini, 15 Februari pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : PENINGGALAN ARWAH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 15 Februari 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Chinta Nadessha, Okthi Amra
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd
PELAKON : Arash Mohd, Fazlina Ahmad Daud, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Syed Irfan, Azzahra Ahmad, Ku Fridah, Aleza Shadan, Izzue Islam, Nafiez Zaidi

SINOPSIS PENINGGALAN ARWAH
Kekayaan Azrul hari ini adalah kerana hasil peninggalan arwah isterinya. Azrul langsung tidak mengambil peduli tentang anak-anaknya, Fatihah dan Faris, selepas berkahwin dengan Liyana.  Fatihah dan Faris tinggal bersama neneknya, Zainab di kampung sejak kematian ibu mereka, Farah yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Semasa hidupnya, Farah atas dasar percayakan suaminya telah meletak nama Azrul pada harta bendanya. Dia berpendapat anak-anaknya masih kecil dan sukar untuk menguruskan harta itu nanti. Walhal jika mengikut undang-undang faraid harta isteri yang meninggal akan dibahagikan kepada suami, anak-anak dan ibu bapa si mati jika masih hidup. Mengikut hukum yang telah ditetapkan. Azrul tidak amanah kerana menikmati kemewahan itu sendiri.

Peninggalan Arwah
Pelakon telemovie Peninggalan Arwah

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow