Drama Kasih Tak Terungkap

Kasih Tak Terungkap

Drama bersiri Kasih Tak Terungkap lakonan Saharul Ridzwan dan Sharifah Husna akan ditayangkan di TV Okey (Astro Saluran 109, MyFreeView Saluran 110) bermula 15 February 2020, setiap hari jam 4 petang.

JUDUL : KASIH TAK TERUNGKAP
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 Februari
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 4:00 petang
SIARAN TV : OKey (RTM)
PENULIS SKRIP : Dr. Nora Hendon Faeizah
PENGARAH : Rosdi Md. Dali
PRODUKSI : Telemal Production Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Sharifah Husna, Halim Radzi, Riena Diana, Iswan Ismail, Munaa Bella, Syakilah Rahmat, Noralbaniah, Eliza Mustafa, Rizky Latif, Norazlina Ismail, Sham Visa, Silfeny Osman, Maria Wati , Numan Mohd Salleh

WATAK PELAKON
Saharul Ridzwan sebagai Ian Iskandar
Sharifah Husna sebagai Sofea
Halim Radzi sebagai Faisal
Riena Diana sebagai Lisa
Iswan Ismail sebagai Saiful
Syakilah Rahmat sebagai Hana
Silfeny Osman sebagai Mirrah

LAGU TEMA / OST
Hirisan Kaca - Syafiq Rosman 

SINOPSIS KASIH TAK TERUNGKAP
Ian tersalah sangka apabila mengesyaki yang bakal tunangnya Lisa mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Ian berkongsi kekecewaan tersebut dengan rakan karibnya Saiful dan membandingkan Lisa dengan kekasih lamanya, Zahra.

Ian bercadang untuk menerbitkan kisah cinta silamnya dengan Zahra manakala Saiful menasihatkan Ian agar menumpukan cintanya pada Lisa.