,

Drama Ironi Kasih (TV3)

April 02, 2020

Ironi Kasih

Nantikan drama bersiri Ironi Kasih di slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Fauziah Ahmad Daud , Aqasha, Intan Najuwa, Intan Ladyana dan Fizz Fairuz. Drama terbitan Wira Nusa Production, arahan Nazir Jamaluddin. Bakal menemui penonton bermula 2 April 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3

JUDUL : IRONI KASIH
EPISOD : 15 episod
TAYANGAN : 2 hingga 22 April 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Mohd Shahremy Ikmal, Mama Bella
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
PRODUKSI : Wira Nusa Production Sdn Bhd
PELAKON : Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana, Fizz Fairuz, Isaac Iman, Ramona Zamzam, Afifah Nasir, Nadia Mustafa, Syafi Tee DFKL, Sarah Malisa DFKL, Ogy Ahmad Daud, Nazia Mustafa, Zulkifli Salleh, Zulkifli Salleh, Farah Wahida Zainuddin

WATAK PELAKON 
Intan Najuwa sebagai Kasih
Aqasha sebagai Johan
Intan Ladyana sebagai Emilia
Fizz Fairuz sebagai Megat
Isaac Iman sebagai Danish
Afifah Nasir sebagai Maira
Nadia Mustafa sebagai Latisya
Ramona Zamzam sebagai Suri
Syafi Tee sebagai Kamil
Sarah Malisa sebagai Eka
Zulkifli Salleh sebagai Pak Salim
Farah Wahida Zainuddin sebagai Khaleeda
Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Salmah

LAGU TEMA
Sembah - Naim Daniel
Serpihan Jiwa - Fidz

SINOPSIS IRONI KASIH
Mengisahkan Kasih Ariana (Intan Najuwa) yang hidup sebatang kara selepas kehilangan ibu dan kakaknya. Tragedi yang menimpa kakaknya Suri telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam di hati Kasih.

Kasih memulakan hidup baru di bandar. Pada awalnya Kasih bekerja sebagai pembantu pengurusan di firma arkitek milik Johan (Aqasha), tetapi dia telah dipujuk oleh Emilia (Intan Ladyana) untuk menjadi pengasuh kepada Danish (Isaac Iman), anak tunggal Johan dan isterinya, Emilia. Emilia begitu taksub akan kerjaya sehingga tidak mempunyai masa untuk menguruskan keluarga. Johan pada mulanya tidak bersetuju dengan permintaan Emilia.

Akhirnya, Johan terpaksa menuruti juga apabila Kasih sendiri menerima tawaran pekerjaan itu. Kasih bersetuju memandangkan dia ditawarkan gaji yang lumayan dan mendapat tempat tinggal.

Kasih menjalankan tugasnya dengan baik sehinggakan Danish menjadi sangat rapat dengannya. Johan pula sering pulang untuk makan tengahari di rumah kerana amat sukakan masakan Kasih.

Mereka menjadi semakin mesra. Bahkan, Mak Salmah (Ogy Ahmad Daud) iaitu ibu kepada Johan amat menyukai Kasih dan sering membanding-bandingkan kelebihan Kasih yang baginya lebih baik daripada Emilia. Emilia bukannya tidak sedar akan semua ini tetapi dia berfikiran terbuka. Emilia optimis bahawa Johan tidak akan curang padanya lebih-lebih lagi dengan pengasuh yang tidak setanding dengannya.

Namun hubungan di antara Johan dan Emilia mulai retak apabila Emilia sering meluangkan masa bersama rakan kongsinya, Megat (Datuk Fizz Fairuz). Kemuncaknya apabila pada suatu malam, Johan mengamuk apabila mendapat tahu Emilia dan Megat telah ditangkap berkhalwat.

Kejadian ini menyebabkan mereka suami isteri bertikam lidah, sehinggakan Emilia telah mendesak Johan untuk menceraikannya. Johan yang rasa tercabar terus menceraikan Emilia bersaksikan Kasih dan Danish. Kasih amat gembira di atas penceraian Johan dan Emilia. Kini dia telah berjaya bernikah dengan Johan.

Kasih mula buat perangai malah dia tidak mempedulikan Danish dan sering menyakitkan hati Johan. Johan terkejut dengan perubahan sikap Kasih. Kasih akhirnya membongkar rahsia bahawa segala yang terjadi telah dirancang dari awal. Kasih hadir ke dalam hidup Johan dengan tujuan untuk membalas dendam di atas kematian kakaknya Suri.

Suri meninggal dunia akibat dilanggar lari dan kematiannya dalam keadaan berbadan dua tanpa berkahwin telah membuatkan ibunya terkejut sehingga meninggal akibat sakit jantung. Apakah sebenarnya kaitan kematian Suri dengan Johan?  Bagaimanakah Johan berhadapan dengan Kasih yang kini hanya berdendam kepadanya?

GAMBAR PELAKON
Ironi Kasih tv3
asda
Ironi Kasih

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow