Sinopsis filem Motif (2019)

October 15, 2019

Filem Motif

TAJUK : MOTIF
Tarikh Tayangan : 26 September 2019
Genre : Jenayah
Pengarah : Nadiah Hamzah
Terbitan : Wayang Works & Ore Struck Media
Pelakon : Sharifah Amani, Rosyam Nor, Khayrani Kemal, Taqim Zaki, Azhan Rani, Fadhli Masoot, Sherie Merlis, Iedil Putra, Emma Tosh, Mamu Vies, Khalid Salleh

SINOPSIS MOTIF
Inspektor Dewi (Sharifah Amani) ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan seorang remaja perempuan, Anna (Khayrani Kemal) di Tanah Merah, sebuah pekan terpencil.  Kehadirannya tidak disenangi penduduk pekan, termasuklah rakan setugasnya Inspektor Rizal (Taqim Zaki), dan menerima tentangan hebat dari bapa remaja yang hilang itu, Hussein (Rosyam Nor) yang juga merupakan orang kaya Tanah Merah, yang benar-benar tidak mempercayai kebolehan Dewi dalam menjalankan tugasnya.   

Ramai orang disyaki menjadi dalang sebalik kehilangan Anna - semua dengan motif mereka yang tersendiri.  Adakah ianya Kamal (Azhan Rani) seorang ah long, atau bekas teman lelaki Anna, Azlan (Fadhli Masoot)? Ataupun, adakah ibu Anna (Sherie Merlis) yang sanggup merancang menggadai nyawa anaknya sendiri? Dapatkah Dewi merungkai misteri kehilangan Anna apabila dia mula dihimpit dengan konflik dalaman yang semakin menghantui dirinya? 

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow